“Nak Malu Apa, Benda Tu Display Everywhere.” – DSV Jawab Dakwaan Tak Sensitif Beli Bra Anak

Minggu lalu, netizen memberi maklum balas berbelah bahagi apabila pengasas kecantikan, Datuk Seri Vida (DSV) memuat naik video sedang membeli belah pakaian dalam buat anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin,13, atau lebih sinonim dengan panggilan Cik B.

Posting video yang dimuat naik menerusi Instagram itu sudah pun menerima lebih 400 komen dengan 339,000 tontonan. DSV sehingga kini mempunyai lebih 1.7 juta pengikut di Instagram.

Menjawab isu berkenaan, DSV ketika dihubungi MH memberitahu, dia bukan tidak sesnsitif seperti mana dilabel sesetengah netizen. Sebaliknya, pengasas yang turut terkenal menerusi lagu I Am Me ini mengakui, membeli bra atau pakaian dalam wanita adalah sesuatu yang normal.

IKLAN

“Bukan tidak sensitif. Nak malu apa, benda tu display everywhere. Saya teruja sebab Cik B sudah memasuki Tingkatan Satu dan saya rasa dia perlu ubah penampilan dari jenis brutal kepada lebih girly. Saya teruja untuk groomkan Cik B. Tapi itulah, salah saiz pula. Saya ingatkan saiz Cik B kecil, tapi besar. Terbeli banyak pula tu. 

 

“Saya pula kalau sudah beli, tak pandai nak beli sikit-sikit. Bila beli semua tak padan,”seloroh DSV.

Bagaimanapun, DSV sekali lagi menjelaskan, soal tersebut adalah suatu hal bersifat common sense, baik lelaki dan wanita.

“Bukan saya cakap saiz Cik B. Kalau saya fokus pada saiz baru lah ya. Ini tidak, saya hanya kongsi perkara umum saja. Jujurnya, saya hanya excited untuk raikan anak yang sudah berada pada fasa remaja,” akhiri DSV.

DSV yang sedia dikenali dengan sikap selamba ini turut mengucapkan salam Subuh buat para pengikutnya di media sosial pagi ini. Menerusi gambar Cik B yang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran itu, rata-rata neziten memuji cara ahli perniagaan ini dalam membentuk sahsiah anak-anak. Go DSV!

IKLAN