Video seorang ibu tunggal yang sebak selepas memenangi pakej menunaikan ibadah Umrah tular di laman sosial dengan lebih 1 juta tontonan.
Rata-rata warganet turut sama terharu melihat keinginan wanita itu untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah dimakbulkan selepas memenangi peraduan Imbas dan Menang jenama baju Melayu popular, Bulan Bintang.
Muhammad Akmal Firdaus Hushaimi, 23, yang memuat naik video berkenaan menerusi TikTok terharu apabila ibunya Norharizan Uda Osman, 49, memenangi peraduan terbabit.
“Mak memang sudah lama teringin nak ke Tanah Suci menunaikan umrah. Alhamdulillah, Allah kabulkan dengan menang peraduan Imbas dan Menang Bulan Bintang.
“Doa ibu memang tak nafi keberkatannya. Mak teringin nak pergi Tanah Suci, lepas tekan tebus, Alhamdulillah impian mak tercapai.
“Mak memang tak sangka dan sampai sekarang masih tak percaya yang dia menang umrah. Memang itu impian dia dan terima kasih banyak banyak untuk pengasas Bulan Bintang kerana merealisasikan impian mak,” katanya, lapor Harian Metro.
Ads
Susulan video tular itu, pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi atau Meri turun padang sendiri bertemu ibu tunggal terbabit di Ipoh, Perak.
Difahamkan, ibu tunggal itu sudah tiga tahun menanam impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
“Saya beli tiga pasang baju Melayu untuk tiga orang anak teruna saya. Pada mulanya, anak saya mahukan PS5 jika ada rezeki memenangi peraduan ini. Pada saya, jika ada rezeki, Insya-Allah.
Ads
“Cubaan pertama untuk anak sulung, kami tidak memenangi sebarang hadiah dan untuk anak kedua pula, kami memenangi baucer.
“Bagi percubaan terakhir, anak-anak mahukan saya sendiri yang menekan telefon pintar. Saya hanya bertawakal dan tak sangka saya memenangi pakej Umrah. Syukur Alhamdulillah.
“Saya dah tiga tahun tanam impian, tak sangka bila beli baju Melayu Bulan Bintang untuk anak-anak, ini yang saya dapat. Bagi kami yang kurang kemampuan, inilah rezekinya.
“Saya memang terharu kerana tak sangka, rezeki saya nak tunai Umrah, nak melihat Kaabah bakal tercapai, Alhamdulillah. Allah dah jawab doa saya,” katanya di dalam video di TikTok.
Ads
Malah, dia juga tidak menyangka rezeki kali pertama berbelanja baju sedondon untuk anak-anak menjadi punca rezeki untuk dirinya menunaikan ibadah terbabit.
Norharizan memenangi pakej Umrah untuk dua orang dan ia bernilai RM12,090 untuk setiap seorang.
Menerusi kempen Terrrrpaling Raya, Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai lebih RM3 juta untuk semua pelanggan tahun ini.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah 10 Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999, pakej umrah dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Neelofa menyifatkan bekas abang iparnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak hasil perkongsian hidup dengan kakaknya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.
Menghormati akan jasanya itu, Neelofa mengakui Sharnaaz mengorbankan masa hampir setiap hari untuk berjumpa dan isi masa bersama anak tunggal mereka meski sudah tidak tinggal sebumbung.
Malah baginya juga, perkara itu boleh dijadikan contoh oleh pasangan yang melalui situasi hampir sama.
“Kes melibatkan mereka sudah berlarutan lama atas situasi semasa yang berlaku. Jadi bila sudah selesai, saya turut bersyukur dan itu merupakan keputusan mereka berdua.
“Pada masa sama, saya merasakan ada hikmah kerana dalam tempoh tersebut (kes mahkamah), hubungan mereka berdua sangat pulih dari segi saling menjaga anak mereka.
“Sharnaaz seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan bila dia sanggup korbankan masa untuk hampir setiap hari datang melawat anaknya.
“Saya rasa perkara itu boleh dijadikan contoh oleh pasangan berpisah,” katanya kepada MH.
Sementara itu, figura terkenal ini juga tidak menafikan apa yang dilakukan aktor berkenaan bukanlah satu perkara mudah dan mengharapkan agar Jebat mampu untuk menghargai jasa si bapa apabila dewasa kelak.
“Saya sendiri adalah daripada keluarga yang bercerai juga dan saya dibesarkan oleh ibu selama beberapa tahun sebelum dia kembali mendirikan rumah tangga.
“Akan tetapi bagi seorang bapa yang bertemu dengan anaknya dengan begitu kerap sekali, ia bukan suatu hal yang mudah.
“Saya harap apabila Jebat sudah dewasa nanti, dia akan menghargai bapanya,” katanya yang kini muncul menerusi program bual bicara terbaru, Next To Neelofa.
Terdahulu, Sharnaaz Noor Nabila sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan tersebut berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.
Selepas menderita demam akibat seluruh badannya diserang campak hingga terpaksa bermalam di hospital, kini Qayyum sudah dibenarkan pulang.
Berita tersebut dimaklumkan penjaga kenapa kanak-kanak berkenaan, Datin Sei Nur Shahida yang juga merupakan isteri kepada pengarah kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi sekeling foto yang dimuat naik, Shahida turut memberitahu rambut lebat Yom (panggilan buat Qayyum) terpaksa dipotong kerana ada bahagian kulitnya menggelupas di kawasan tersebut.
“Dah keluar wad, gunting rambut now dah sampai rumah. Saya suka rambut dia lama sebab lebat. Tapi terpaksa potong sebab dah start menggelupas di kepala, kesan campak.
Pada masa sama, Shahida turut menjelaskan ibu kandungnya pasti lega kerana Yom sudah sihat.
“Dah sihat nak bagi ke pangkuan mak dia pun senang hati, ambil sihat pulang pun kena sihat,” katanya sambil mendapat reaksi pebagai daripada netizen.
Kisah mengenai isu mahu menjaga kembali Yom difahamkan mulai tercetus apabila kononnya keluarga usahawan tersebut tidak melayan Yom seperti sepatutnya.
Bagaimanapun, hal tersebut dinafikan pasangan usahawan ini.
Foto: Instagram Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan kemelut rumah tangga di antara suami dan isteri pertama, nama pelakon, Miera Liyana menjadi perhatian netizen.
Ramai yang membuat spekulasi mendakwa Miera menjadi punca suaminya, Rosland Othman membuat permohonan cerai terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.
Lantaran itu, Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi telah pun memuat naik hantaran di Instagram story seakan-akan memberi respons dan mempertahankan dirinya.
Malah, pelakon asal Johor Bahru ini juga berharap agar semua pihak berhati-hati dengan fitnah akhir zaman selain perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.
“Akan sentiasa ada dua sisi dalam sebuah cerita. Jangan nak gila glamor. Suatu hari nanti, kalian akan mengetahui kebenarannya. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.
“Sekian dari Miera Liyana, nak masak kejap untuk suami dan anak-anak. Selamat tinggal,” tulisnya.
Dalam pada itu, Miera turut berkongsi respon dan kata-kata semangat daripada netizen buat dirinya di Instagram stories.
Terdahulu, madu kepada Miera Liyana, Adibah Abdul Mutalib tampil mahu mempertahankan rumah tangganya bersama Rosland meskipun perkahwinan mereka didakwa diduga sejak dua tahun lalu apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada tahun 2020.
Rentetan itu, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Pada 31 Januari lalu, Rosland juga gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Rosland berkahwin dengan isteri pertamanya pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.
Dia kemudian berkahwin dengan Miera Liyana pada 25 Julai 2020 dan hasil daripada pernikahan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Miera Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...