Bintang drama Nur, Noorkhiriah atau sinonim dengan panggilan Khiriah ada memberi nasihat dan pesanan bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Pelakon berusia 40 tahun itu telah berkongsi kata petikan nasihat oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
“Nak jadi jahat, sekelip mata. Nak jadi baik, bertalu-talu ujian melanda. Sabarlah, Allah kan ada,
“Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
“Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat,” petikan kata yang dikongsi Khiriah.
Isteri kepada pelawak Achey (kumpulan Bocey) iaitu Anne meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya, Yahya yang meninggal dunia pada 18 Julai lalu.
Kongsi Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah, dia turut mengimbau kembali foto bersama arwah bapanya dengan menyunting video berlatarbelakangkan alunan muzik seruling.
“Al-Fatihah..Akan ku simpan segala kenangan bersamamu Ayah.
“Ayah…Begitulah aku memanggilmu sejak saat itu hingga kini dan bahkan selamanya. Dirimu adalah lelaki pertama yang aku kenal begitu raga lemah ini tiba di dunia.
“Ayah, walau ragamu tak lagi di sisi, walau kita tidak lagi berpijak pada bumi yang sama, dan walau kini kita telah berbeda dimensi, aku percaya di suatu tempat sana doa dan harapan tulus kami akan selalu sampai padamu melalui tuhan.
“Ayah, tetaplah tersenyum di pangkuanNya. Tunggulah kami yang kini sedang mengantri untuk menjadi sepertimu, menanti panggilan itu karena sesungguhnya yang berjiwa pasti akan merasakan pergi.
“Semoga kita bisa dipertemukan lagi di surgaNya.Aminnn
AL-FATIHAH ARWAH YAHAYA BIN ABU AMIN. 18/7/2019 khamis malam jumaat 11.30pm,” kongsinya sedih.
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun hadapan.
Katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, filem yang diangkat dari drama rantaian popular itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.
“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.
“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Filem tersebut dijangka bakal menjalani penggambaran Mac tahun depan memandangkan salah seorang pelakon utamanya, Amyra Rosli yang baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan anak kedua.
Berkongsi mengenai perjalanan cerita dalam versi filem pula, pengarah terbabit akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan Nur musim kedua.
“Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.
“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” jelasnya lagi yang turut memberikan aspek skor muzik untuk filem teesebut kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.
Menerusi kerjasama sama sebelum ini, mereka pernah menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang.
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat ada berkongsi penampilan terkininya yang selekeh mengenakan baju-T lusuh lengkap berselipar dengan rambut dan wajah kusut.
Malah, video yang dirakam secara kandid aksi bintang ini yang menari-menari berlatarkan single hits, Temberang di tepian jalan raya turut ‘memancing’ mata ramai sekali gus mencetuskan tular.
Bagaimanapun, ramai yang dapat meneka bahawa penampilan terkininya itu adalah sebagai suatu tuntutan watak drama rantaian terkini lakonan Ayda berjudul Cindai di bawah produksi JS Pictures Sdn. Bhd.
“1st day. Ok ni lah Cindai. Mesti boyfriend tak mengaku ni girlfriend. Swipe kiri untuk gambar yang lebih cute. Steaaaady Cindai…,” tulisnya di entri Instagram.
Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Ayda ketika dihubungi menjelaskan, penampilan sedemikian merupakan antara babak penting dalam Cindai.
Mendukung watak sebagai gadis teranaiya yang turut berdepan dengan krisis mental, Cindai merupakan suatu naskhah yang ditunggu-tunggu penerima Lagu Terbaik 2018 Anugerah Planet Muzik 2018 ini.
“Sudah lama saya impikan suatu watak mencabar, bermain dengan jiwa. Jika sebelum ini saya pernah mendukung watak air mata jadi kali ini ia agak berbeza. Malah jujurnya saya turut membuat persiapan rapi demi Cindai.
“Ada lakukan rujukan menerusi beberapa buah filem antarabangsa sebabnya saya bawa watak yang ada kaitan dengan penyakit mental dan bipolar.
“Sedar tidak sedar, sebenarnya ada di antara kita juga yang ada simpton sedemikian, cuma mungkin tahapnya mungkin berbeza dengan individu lain.
“Sebab itulah ada di antara kita yang hilang kawalan lalu sanggup berbuat jahat. Kita sedar hal itu tak betul, tapi tidak dapat untuk kawalnya. Itulah konflik jiwa yang dihadapi Cindai” katanya.
Ayda bagaimanapun tidak mahu dilihat terlalu mencuba hingga wataknya dibawa secara berlebih-lebih.
“Meski saya ada buat beberapa rujukan, namun saya tidak mahu terbawa-bawa dengan watak sedia ada.
“Biarlah ia hadir secara natural. Kata orang, tidak mahu terlalu ‘ready’, tetapi lakukan dengan cara yang ‘steady’,” jelas Ayda lagi.
Selain Ayda, drama 12 episod ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Syazwan Hassan, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Nazim Othman dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.