“Nak Jadi Hero, Tak Layak Kot Sebab…,”- Hashtag Achey ‘Sedar Diri Sedar Ruang’ Bikin Netizen Makan Dalam!

Share

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila penerbit drama popular, Datuk A.Aida mengetengahkan isu mengenai siapa yang berminat jadi pelakon perlu berwajah cantik dan kacak bagi bawa watak utama.

Secara tidak langsung, kenyataan tersebut telah mendapat reaksi dari rakan artis sendiri.

Bagai kebetulan, pelawak Achey ada memuat naik gambar throwback di akaun Instagramnya yang mengenakan kaca mata hitam dan rambut disikat rapi.

“Nak jadi hero… ermm tak layak kot sbb saya dari #bintangmencaribintang … #sedardirisedarruang ,” tulis Achey.

Foto tersebut dimuat naik Achey awal hari ini itu turut menerima komen pelbagai dari netizen.

Untuk rekod, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah merupakan juara program realiti, Bintang Mencari Bintang musim pertama (2013) yang telah menewaskan Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw.

Foto : Instagram Achey

IKLAN