
Pelawak, Abam Bocey meluahkan rasa bengang terhadap seorang netizen di laman Facebook yang meminta bintang berkenaan untuk melakukan ujian DNA terhadap bayi lelaki yang baru dilahirkan Jumaat.
Memurut Abam, perkara tersebut merupakan penghinaan yang amat dahsyat bagi dirinya dan dia berasa amat tersinggung.

Rasa tersebut dikongsikan Abam menerusi sebuah entri di laman Facebook miliknya.
“Sape kenal pakcik ni. Bagitahu saya. Saya nak jumpa dia. Ini satu penghinaan yang dahsyat.
“Kalau bukan DNA saya habis anak siapa. Maaf Sape kenal pakcik ni bagitahu saya. Saya nak jumpa dia.
“Maaf saya amat tersinggung dengan komen begini. Nak cakap saya benda tu kecik ke kura2 ke.
“Saya tak kisah sangat tapi ini satu penghinaan. Saya nak jumpa pakcik ni. Sangat-sangat nak jumpa,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan tindakan individu biadap tersebut.


Terdahulu, Abam telah berkongsi satu perkhabaran gembira apabila isterinya, Siti Nurhidayah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram di Hospital Selayang pada Jumaat.
sumber: Facebook Abam Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Baru-baru ini pelakon Fatin Afeefa ada menulis satu twit menerusi akaun Twitter miliknya dan menerusi Twit tersebut, pelakon berusia 25 tahun itu meluahkan rasa marah.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak pula disebut kepada mana-mana pihak.
“Nama awak Kim ke? Sebab perangai macam Kim*k,” tulisnya ringkas.
Nama awak Kim ke? Sebab perangai macam Kimak
— khaleesi (@FatinAfeefa) June 16, 2019
Bagaimanapun, kata-kata yang ditulis oleh bintang filem Tentang Bulan itu telah mendapat reaksi pelbagai netizen.
Rata-rata daripada mereka memberi pendapat bahawa ibu tunggal itu tidak sepatutnya pelakon itu berkata sedemikian.
Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja kepada Fatin dan semoga ibu kepada dua orang cahaya mata ini dirahmati selalu.
Tengah gelak baca comment kat fesbuk himpunan cerita lawak
A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on
Have you ever met a hater doing better than you? Me neither. Meh sini muah ciked
A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on
Foto : Instagram Fatin Afeefa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Joy Revfa Titip Ucapan Buat Ibu Tercinta, Tapi Keanggunan Dua Beranak Ini Curi Perhatian!

Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Joy Revfa telah meraikan ulang tahun hari jadinya yang ke-32 tahun.
Bertemakan kek animasi popular Disney, Aladdin, pemilik penuh nama Siti Arifah Mohd Amin ini bagaikan tidak ‘ditelan’ usia dek raut wajahnya persis gadis remaja.
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
Dalam pada itu, Joy turut bergambar bersama ibu tercinta, Safiah Abbas yang juga seorang usahawan kosmetik dan turut menerbitkan buku-buku perihal kecantikan.
“Doa Ibu yg sentiasa menyelimuti langkahku.. Kemana pun aku pergi.. Dimana pun aku ditempatkan.. Aku tetap bersama-sama dgn doanya..
“Kerana.. yang membuat segalanya mudah bukan kerana keberuntungan.
“Tetapi..Doa & Restu dari seorang Ibu..
“Terima kasih ibu kerana melahirkan anakmu ini ke dunia & memberi sepenuh kasih sayang tanpa syarat.. 😭 sayang ibu @sofiaabbas61 💋
“Kawan2 yg masih ada ibu tu, rajin2 lah minta restu atau doa dari ibu, pasti segala yg kita lakukan segalanya akan menjadi mudah.. Insyallah,” tulis Joy dengan penuh perasaan.
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on
Foto : Instagram Joy Revfa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Penyanyi popular era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 12.40 malam tadi.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun. Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak.
Makluman mengenai kematian bintang itu disampaikan menerusi Instagram Buletin TV3 sebentar tadi.
A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3) on
Serentak dengan berita kehilangan permata seni itu, para peminat dan rakan selebriti turut memberi dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.
A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on
A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on
A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli) on
Terdahulu, pada 1 Jun lalu, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekitar jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.
Allahyarham merupakan vokalis kumpulan Orkes Nirwana dan popular menerusi beberapa buah lagu seperti Syurga Idaman, Perpaduan Hidup dan banyak lagi.
Al Fatihah dan salam takziah dari MH buat seisi keluarga Allahyarham.
Foto: Instagram Fadilah Mansor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

