“Nak Balik Tengok Rumah Yang…,” – Baby Shima Rancang Ke Indonesia 1 Minggu Lepas Raya

Share

Penyanyi Baby Shima tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila sudah dapat beraya sakan selepas dua tahun tidak dapat menyambut Syawal.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, berkata dia mengambil cuti selama seminggu bagi meluangkan masa berhari raya di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor sebelum terbang ke Indonesia selepas itu.

“Kerja memang banyak tapi mahu atau tidak, tetap kena cuti memandangkan sudah dua tahun tak dapat beraya bersama keluarga.

“Insya-Allah selepas seminggu beraya di sini, saya akan terbang ke Indonesia. Untuk balik dan tengok rumah yang ditinggalkan di sana selama dua tahun sejak pandemik melanda,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam perkembangan lain, Shima turut mengeluarkan single raya berjudul Pulang yang diharap dapat memenuhi citarasa pendengar muzik tempatan.

“Anda kena dengar lagu raya saya. Memang best. Saya yakin anda akan komen lagu yang paling terbaik adalah lagu Pulang. Lagu saya paling best.

“Saya yakin bila anda dengar pasti apabila jalan akan terngiang-ngiang, ternyanyi-nyanyi lagu ini,” katanya.

Pulang ciptaan sepenuhnya komposer Ezra Kong.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN