Nabil Ahmad meluahkan rasa terkilan dengan segelintir netizen yang menyifatkan cara pengacaraannya menerusi rancangan Gegar Vaganza (GV) sebagai sesuatu yang tidak membantu pembangunan negara.

Katanya kepada MH, setiap program yang dihoskan mempunyai hala tuju dan pendekatan berbeza. Jadi, tidak mungkin dia akan mempraktikkan cara pengacaraan sama bagi setiap program berlainan.

Malah bekas juara Raja Lawak musim kedua ini juga turut menegaskan, dia ada meletakkan tahap, cara, perkataan dan jenaka berbeza-beza apabila mengendalikan  sesebuah rancangan televisyen.

IKLAN

“Setiap program mempunyai tahap, mentaliti, cara bercakap dan humor berbeza dan saya tidak akan samakan isi dan perbuatan sama menerusi setiap rancangan . Takkan dalam GV saya nak melawak macam budak-budak? Program GV merupakan sebuah rancangan yang sudah dikenali sebagai program yang ditonton secara santai, tempat untuk relaks dan bila sudah selesai menonton, mereka akan kembali meneruskan kehidupan masing-masing.

“Mungkin yang bercakap itu tiada kehidupan. Apapun, terpulang pada penonton  untuk memilih rancangan yang dimahukan. Remote kan ada di tangan, tak ada siapa paksa tengok,” kata Nabil kepada MH selepas ditemui di majlis sidang media Ceria Megastar di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut menyaksikan bintang tersebut ditugaskan sebagai hos untuk program berkenaan. 

Tambahnya lagi, apabila ditugaskan untuk mengendalikan program berbentuk kanak-kanak, sudah tentulah karektornya juga akan berubah dan cara gurau pun berbeza demi memikat hati penonton cilik.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Nabil juga dalam perancangan untuk mengarahkan filem sulung berjudul Qutil tidak lama lagi. Kongsinya, filem bergenre seram itu bakal melibatkan kerjasama daripada karyawan Indonesia.

IKLAN

“Saya tengah rancang untuk arahkan filem seram berjudul Qutil. Ini merupakan percubaan pertama dan ia turut melibatkan kolaborasi dengan negara jiran. Senarai pelakonnya belum ada lagi. Bagaimanapun, sisi teknikal seperti jalan cerita tengah dirangka demi memastikan proses penggambarannya nanti berjalan lancar,” jelas Nabil.

Terdahulu, Ceria Megastar yang menghimpunkan 18 peserta terbaik daripada Ceria Popstar, Ceria All Stars, Ceria i-Star dan Bintang Kecil akan bersiaran setiap Jumaat, bermula 2 Mac 2018 depan jam 9.00 malam di Astro Ceria, Astro Prima, Astro Maya HD dan platform digital Astro GO.

https://www.youtube.com/watch?v=_AChfICKJRM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI