Penerbit Punnagai Poo Gheetha daripada SG Entertainment & Advertising mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih sutradara Indonesia, Reka Wijaya sebagai pengarah filem Siapa Buka Lampu?

Menurut Punnagai Poo Gheetha atau mesra disapa Gheetha, sebagai penerbit dia telah mengatur strategi pemasaran agar filem Siapa Buka Lampu? dapat dipasarkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga negara serantau.

Nafi Pandang Rendah Pengarah Tempatan, Penerbit Filem ‘Siapa Buka Lampu’ Punya Visi Lebih Besar

“Saya mahu sesuatu yang mudah diterima penonton tetapi dalam masa sama ada sentuhan yang menggabungkan elemen tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.

“Selain filem ini tentang parodi hantu-hantu popular, pengarah, kru dan pelakon juga merupakan gabungan daripada tiga buah negara.

“Oleh itu, penonton dapat merasai ‘rasa’ Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam sebuah karya. Justeru, pemilihan Reka Wijaya untuk filem ini adalah tepat,” kata Gheetha yang telah menerbitkan 11 buah filem Tamil di India.

Berbicara tentang cabaran pembikinan filem yang menelan kos sebanyak RM1.3 juta itu, Gheetha mengakui bukan mudah untuknya memegang dua posisi serentak iaitu selaku penerbit dan juga pelakon.

IKLAN

Nafi Pandang Rendah Pengarah Tempatan, Penerbit Filem ‘Siapa Buka Lampu’ Punya Visi Lebih Besar

“Tekanan yang dihadapi sebagai seorang penerbit cukup tinggi, begitu juga dengan pelakon.

“Saya memikul kedua-dua tugas serentak sememangnya cukup mencabar. Saya perlu memastikan tekanan tidak terlihat pada wajah sewaktu penggambaran berlangsung,” luah Gheetha yang juga seorang pengacara dan penyampai radio tempatan di stesen radio Raaga.

Selain Gheetha, pelakon dan pelawak Ammar Titan turut membintangi filem bergenre komedi seram ini selepas membintangi filem Siapa Tutup Lampu? yang diterbitkan pada 2021.

IKLAN

Nafi Pandang Rendah Pengarah Tempatan, Penerbit Filem ‘Siapa Buka Lampu’ Punya Visi Lebih Besar

“Filem Siapa Buka Lampu? boleh dikira seperti sebuah filem francais yang menggunakan judul dan konsep yang sama tetapi barisan pelakon yang berbeza.

“Dalam filem ini saya bergandingan dengan Qasrina dan pelawak yang faham bagaimana untuk mempersembahkan sebuah karya komedi,” katanya.

Sambung Ammar cabaran terbesar yang dihadapi ketika penggambaran adalah masalah komunikasi kerana pengarah dan kru berasal dari Indonesia.

IKLAN

Nafi Pandang Rendah Pengarah Tempatan, Penerbit Filem ‘Siapa Buka Lampu’ Punya Visi Lebih Besar

“Filem ini bergenre seram komedi dan cara orang Malaysia berlawak dengan Indonesia agak berbeza. Kelakar bagi kami, tidak bagi pengarah (ketawa).

“Jadi, kami harus mencari titik temu agar semua pihak berpuas hati menerusi perbincangan dan juga latihan. Bekerja dengan pengarah Indonesia, bagi saya sangat berbeza kerana pemikirannya tidak sama dengan pengarah di Malaysia.

“Satu pengalaman yang bagus untuk saya dan diharap penonton akan memberikan sokongan kerana filem ini sangat kelakar dan mampu menghilangkan tekanan anda,” kata Ammar lagi.

Selain Gheetha dan Ammar Titan, filem Siapa Buka Lampu? yang telah mula ditayangkan di pawagam pada 4 Julai lalu turut dibintangi oleh Qasrina Karim, Azhar Jalil, Angie Ang, Gesya Shandy, Issey Fazlisham, Bell Ngasri, Tia Tavee, Mamak Puteh dan Geoff Feyaerts.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI