AirAsia melantik Naelofar Hijab bagi membuat rekaan tudung untuk pilot. Nama Neelofa yang sedang memuncak naik ini semakin hari semakin dilimpahkan rezeki yang murah.

Tudung rekaan Naelofar Hijab ini akan menjadi tudung rasmi yang akan dipakai semua juruterbang wanita berhijab AirAsia ketika menjalankan tugas bermula hari ini.

Neelofa kini telah mengukir sejarah manis tersendiri yang akan ‘terbang tinggi’ bersama juruterbang AirAsia.

Tudung berkenaan yang direka khas dengan menggunakan fabrik istimewa berwarna putih mula dipakai juruterbang berhijab syarikat itu bermula bulan ini yang turut membabitkan kakitangan wanita berhijab dalam sektor penerbangan jarak jauh iaitu AirAsia X.

Neelofa berkata, hijab yang dihasilkan itu amat praktikal dan bergaya yang memudahkan pergerakan si pemakai.

IKLAN

“Hijab itu turut mempunyai simbol Naelofar Hijab yang bertatahkan kristal Swarovski untuk sentuhan akhir sesuai kepada pemakainya,” katanya

Tambah Neelofa, 28, turut meluahkan perasaan bangganya dengan pencapaian Naelofar Hijab. Sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh para juruterbang wanita syarikat penerbangan itu. 

Menurut ketua Bahagian penjenamaan AirAsia,Rudy Khaw ini buat julung kalinya bekerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi juruterbang wanita.

Pihaknya juga turut merancang bekerjasamana dengan Naelofar hijab sekali lagi dalam memberikan nafas baharu kepada semua pekerja lain di AirAsia

IKLAN

Neelofa juga turut membuat satu filem pendek yang dikatakan berkaitan dengan kisah cintanya yang berjudul Naelofar Hijab Raya Campaign 2017 – #NHTrueLove (TRUE LOVE) yang dibintangi jejaka kacukan, Miller Khan yang berasal dari Malaysia namun lebih terkenal di Indonesia.

IKLAN

 

Sumber : Instagram Neelofa, naelofarhijab

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI