Nadiya Nisaa Dedah Anak Sulung Belum Biasa Dengan Adik Baru, Aminah Rose Pengubat Kasih Selepas Kehilangan Anak Kedua Dalam Kandungan…

Share

Terdahulu, pelakon versatil, Nadiya Nisaa ada melahirkan rasa syukir atas kelahiran anak ketiganya, Aminah Rose pada 1 Januari lalu.

Menerusi kemas kini di Instagram, Nadiya, 34, turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang sentiasa mengutuskan doa buatnya.

Sementara menerusi perkongsian terkini, bintang ini turut mendedahkan perihal perasaan anak sulungnya yang masih belum biasa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

“Abang Omar belum terbiasa, jadi beri lebih masa. I’m sure he will be your bestfriend & abang sulong that will protect you from any harm,” tulisnya.

Bagaimanapun Nadiya yakin anak sulungnya itu akan menjadi kawan baik dan abang yang akan melindungi adiknya dalam apa keadaan dan Nadiya juga menyatakan janji abang Omar masa Aminah dalam perut, dia akan manjakan.

“Dan akan manjakan awak juga seperti janji-janji dia sewaktu awak masih dalam perut. Masih ingat?,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Nadiya berkahwin dengan Saiful pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Omar yang kini berusia 8 tahun.

Pada 2016, Nadiya sepatutnya melahirkan anak kedua.

Namun kehilangan zuriat apabila janin yang dikandung meninggal dalam kandungan.

Foto: Instagram Nadiya Nisaa

IKLAN