Rocketfuel Entertainment tampil memberikan kenyataan susulan pemilihan penyanyi Nadeera yang bakal menggalas tugas menyampaikan lagu Astana di separuh akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38), minggu ini.
Menerusi kenyataan media, pemilihan juara program Big Stage 2023 itu dirasakan paling sesuai untuk memastikan lagu tersebut dinyanyikan secara adil.
“Untuk menghormati acara berprestij seperti SFMM38, pihak Rocketfuel Entertainment telah berusaha mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu ‘Astana’.
“Penyanyi, Nadeera yang juga juara program Big Stage terbaru tahun ini telah dipilih setelah pelbagai perbincangan yang dilakukan bagi meneruskan pertandingan ini.
Ads
“Pihak Rocketfuel Entertainment yakin dan pasti dengan pemilihan ini kerana Nadeera merupakan calon yang amat sesuai untuk membawakan lagu ‘Astana’ dan memastikan lagu ini dinyanyikan dengan seadilnya,” terang kenyataan yang dikeluarkan.
Ads
Dalam pada itu, pihaknya turut menghargai sokongan semua pihak terhadap lagu Astana.
Ads
“Sekali lagi, pihak Rocketfuel Entertainment sangat berterima kasih dan menghargai segala usaha para peminat lagu ‘Astana’ yang tidak henti-henti menyokong sejak terlancarnya lagu ini lantas berjaya dan layak ke pentas SFMM38,”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Ryan Bakery akui perasaannya bercampur baur untuk menantikan kehadiran cahaya mata sulung yang dijadualkan akan dilahirkan pada awal Januari.
Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, dia kini amat memerlukan nasihat sebagai persediaan untuk bergelar bapa.
“Saya teruja tapi bercampur takut juga. Ini pengalaman pertama saya bergelar ayah. Saya perlukan banyak nasihat daripada para bapa buat saya yang baru ini.
“Ketika ini, usia kandungan isteri saya sudah pun memasuki 36 minggu. Bayi dijangka lahir pada awal bulan Januari.
“Disebabkan itu juga, saya minta pengurus untuk menyusun jadual kerja. Ketika saat genting ini, saya memang sangat risau,” katanya kepada MH
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di progam santai bersama media yang dianjurkan syarikat rakaman Indigital Music dan FYP Media di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya sama ada isterinya, Elyia Ibrahim mempunyai permintaan-permintaan pelik ketika hamil, Ryan mendedahkan isterinya itu ada memintanya untuk membelikan gelang emas.
“Memang ada. Ada satu hari itu, dia cakap nak biskut tawar. Saya pun okay sahaja dan bagitahu, nanti saya akan cari. Saya ingatkan memang biskut berbentuk petak yang kita selalu makan.
“Rupanya bukan. Sebenarnya dia nak gelang emas berbentuk empat segi besar tu. Saya minta dia doakan agar saya dimurahkan rezeki. In sha Allah saya akan belikan nanti.
“Dia juga mengidam nak minum teh hijau. Namun, ketika di kampung, tak banyak kedai yang jual. Dia sampai menangis. Namun, saya usaha juga cari tapi yang jumpa hanya air matcha.
“Saya belikan juga walaupun dia tak tahu. Janji dia minum dan gembira,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ryan turut memaklumkan isterinya itu akan menjalani proses berpantang di rumah mereka sendiri memandangkan jadual kerjanya yang agak sibuk menjelang Januari.
“Isteri saya akan berpantang di rumah kami di Puncak Alam. Kini, kami menetap di sana sebab kebanyakkan kerja-kerja saya di Lembah Klang.
“Saya sebenarnya tiada banyak cuti dan perlu bekerja pada bulan Januari. Kalau tarikhnya bertembung, saya akan minta pengurus untuk pertimbang hari lain.
“Setidaknya biarlah isteri saya selesai bersalin dahulu. Saya nak fokus pada dia sahaja. Lagipun, kami di sini tinggal berdua sahaja. Keluarga pula jauh,” akhirinya.
Terdahulu, Ryan dan isteri bakal menimang cahaya mata lelaki yang sudah pun diberikan nama Ryan Ezra.
Sekadar informasi, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nawa Latif terharu melihat sokongan yang ditunjukkan para peminat sewaktu membuat persembahan di sebuah acara baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, suasana di ruang acara tersebut dilihat gamat apabila para penonton sama-sama menyanyikan lagu-lagu popular Najwa seperti Cinta Muka Buku, Untuk Dia dan Sahabat.
Jenama tudung terkenal, Ariani menyerahkan sumbangan tabung bencana RM30,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada program Ariani Hijab Run yang diadakan di hadapan House of Ariani Kuala Lumpur.
Pengarah Pemasaran Ariani Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, sumbangan itu sebahagian daripada usaha pihaknya dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.
“Ini sebagai tanggungjawab sosial korporat Ariani. Memahami betapa runcingnya bencana yang sering melanda negara terutama pada hujung tahun, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.
“Ia juga untuk menyokong usaha penuh BSMM yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa bencana dan misi bantuan kemanusiaan.
“Saya bersyukur atas kejayaan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti serta pelanggan setia kami. Saya berharapagar acara larian seperti ini dapat menjadi tradisi bagi Ariani dalam mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di negara kita,” katanya.
Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.
Mengenai Ariani Hijab Run 2023, ia adalah penganjuran kali kedua selepas tujuh tahun sejak edisi pertamanya pada 2016.
Acara itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta, yang majoritinya adalah wanita dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
Menariknya, larian ‘Fun Run’ sejauh 3.5 kilometer (km) dan 6km itu turut disertai tiga selebriti yang juga duta Ariani iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad.
Bella berkata, acara kali ini tidak hanya tertumpu pada larian semata-mata.
“Ariani Hijab Run juga diserikan dengan karnival mini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan permainan khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga, seperti menangkap ikan, yang menjadi daya tarikan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka.
“Suasana di perkarangan House of Ariani meriah dengan siri aktiviti yang dijalankan, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, serta pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, menambahkan lagi keceriaan acara,” katanya.
Pada masa sama, Ariani turut memperkenalkan koleksi pakaian sukan dan tudung terbaharu di bawah label Ariani Fit, khusus untuk wanita moden Muslimah yang dilancarkan pada 3 Disember lalu.
Ariani Hijab Run 2023 turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai jenama ternama termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), KPJ Ampang Puteri, POKKA, Daia, Habib, Gleneagles Hospital, Move Fitness, Good Virtues Co, Chomel, Bonda Haven, Kina Cosmetics, dan Fazs Faozi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap kali Ramadan menghampiri penghujungnya, antara perkara yang sering dinantikan ramai bukan sekadar persiapan baju baharu atau juadah raya, tetapi juga kemunculan iklan raya sama ada di kaca TV atau di media sosial.