Pelakon Nad Zainal berpisah dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin berpisah selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun menjelaskan, keputusan yang dipilih bukan sesuatu mudah.
“Iya, kami sudah bercerai baru-baru ini. Malah keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat. Kami masih berkawan baik demi dua anak,” katanya ringkas, memetik BH Online.
Ads
Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 dalam drama Fatonah Azali tidak mahu ulas lebih lanjut mengenai punca perceraian.
“Cukup dikongsi status saya kini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah.
Ads
“Apa yang lebih utama kini, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan status ibu tunggal,” katanya.
Ads
Untuk rekod, Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor menjelaskan dia terbuka untuk mendedahkan anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris, kepada umum tidak lama lagi.
Neelofa, 33, berkata dia tidak mahu menyekat dan sebolehnya mahu anaknya yang kini berusia lapan bulan membesar secara normal sebagaimana kanak-kanak sebayanya.
“Setakat ini alhamdulillah Bilal membesar dengan baik. Sebagai ibu saya teruja untuk berkongsi yang dia sekarang sudah pandai merangkak.
“Ya saya sedar ada yang masih mempertikaikan mengenai wajah Bilal di media sosial, jadi bahan gurau dan sebagainya.
“Tetapi saya percaya di dalam komen tersebut juga terselit doa kesejahteraan anak saya juga,” katanya kepada MH.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pineapple Juice Drintox keluarab Nilofa Plus di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Neelofa pada masa sama mengakui dia tidak menghalang mana-mana peminat untuk mendekati atau melihat wajah Bilal jika terserempak di lokasi awam.
“Sebolehnya saya tidak mahu sekat pembesaran dia, biarlah sama dengan kanak-kanak lain. Malah tidak lama lagi saya dan suami akan bawa dia melancong buat pertama kali.
“Jadi ketika itu saya pun akui dia akan terdedah dengan persekitaran luar. Apa yang lebih baik, biarlah dia membesar secara normal.
“Saya pun tidak halang kalau ada sesiapa yang tersempak lalu tatap wajahnya. Cuma kebanyakannya faham dan menghormati privasi,” katanya.
Bilal merupakan anak sulung Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Shaheizy Sam merasakan bayaran yang diterima untuk berlakon di dalam filem aksi ketenteraan, Malbatt Misi Bakara adalah tidak keterlaluan dan bersesuaian dengan usaha kerasnya bagi menjayakan naskah tersebut.
Menurut Sam, bayaran berkenaan bukan hanya tertumpu kepada kualiti lakonannya semata-mata tetapi turut melibatkan persediaan daripada aspek fizikal dan mental.
“Saya tidak merasakan bayaran saya ini mahal cuma berdasarkan pengalaman berlakon sejak sekian lama dan usaha 110 peratus saya yang pihak produksi pun dah tahu, rasanya berbaloi dengan harga.
“Nak kata saya demand, tidaklah saya nak minta sampai RM500,000 untuk sebuah filem. Bagi saya, ia kena berbaloi dengan hasil kerja saya.
“Bila pihak produksi perlukan saya untuk membina badan yang segak, ada kosnya untuk saya dapatkan bentuk badan sebegitu. Badan segak ini bukan hanya sekadar latihan di gim sahaja tetapi pemakanan juga kena jaga.
“Banyak aspek yang harus diambil kira. Wang tersebut bukan hanya untuk kerja kreatif sahaja tetapi turut merangkumi persediaan saya secara keseluruhan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut mendedahkan dirinya juga berdepan cabaran yang agak berat untuk menurunkan berat badannya kali ini.
“Bila dua tahun berehat, asyik duduk rumah dan makan pun tak ingat dunia, saya terpaksa latih diri secara ‘all out’ sebaik sahaja saya tanda tangani kontrak dan diberikan skrip.
“Sejujurnya, bila hampir menjangkau usia 40-an ini, saya rasa usaha untuk mendapatkan badan segak ini dan jadi dua kali ganda. Masa buat filem Polis Evo dulu, bagi saya masa 20 hari atau sebulan, semuanya akan selesai.
“Tapi kali ini agak sukar kerana mungkin metabolisme saya dah berubah. Kali ini nak turunkan berat badan tu, rasanya lambat sangat.
“Jadi, saya putuskan untuk kekalkan berat badan seperti ini kerana kalau naik lagi, saya tak tahu sama ada saya mampu turun lagi atau tidak,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Sam akui watak Kopral Ramlee sedikit sebanyak telah membarikan kesan yang mendalam buat dirinya lebih-lebih lagi bila mengenangkan perjuangan tentera Malaysia yang bertarung nyawa demi menjaga keamanan dunia.
“Sebelum ini, mungkin kita tak pernah tahu kisah sebenar yang terjadi kepada askar kita di Somalia pada tahun 1993. Kita hanya nampak kisahnya daripada filem Black Hawk Down. Orang Hollywood sudah tentu mahu menggambarkan mereka ini seperti hero sebenar.
“Bila saya letakkan diri saya dalam watak ini, saya sendiri tak dapat bayangkan macam mana kalau benar-benar saya berada disituasi itu.
“Watak Kopral Ramlee ini merupakan watak sebenar yang difiksyenkan. Apa yang dilalui oleh Kopral Ramlee ini amat mengerikan. Beliau adalah antara perjuang yang hebat dalam misi ini,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan Adrian Teh ini dijangka bakal ditayangkan pada Bulan Kemerdekaan tahun hadapan.
Selain Sam, filem aksi tersebut turut dibintangi Hairul Azreen, Adlin Aman Ramlie, Bront Palare, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Gambit Saifullah, Dafi Ismail Sabri, Safwan Nazri, Nafiez Zaidi, Taufiq Hanafi dan Theebaan G.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shaheizy Sam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Atas prestasi pengajian yang baik, suami kepada penyanyi Ayu Damit, Syed Fauzi Syed Baharuddin seikhlas hati menghadiahkan isteri seunit telefon jenis iPhone dan Apple Watch buat kegunaan harian.
Menurut Syed Fauzi atau lebih mesra disapa Pogi, dia pada awalnya sudah pasang niat sekiranya Ayu lulus pada peperiksaan di semester akhir pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
“Niat pada mulanya memang dah berjanji masa mula-mula masuk study ASWARA, kalau my @ayudamit boleh lulus exam semester akhir asasi tanpa repeat paper, my akan dapat hadiah (macam berjanji-janji dengan anak gitu).
“Syukur alhamdulillah akhirnya lulus juga exam terus ke Degree so dapat la hadiah 1 set iPhone dengan iWatch yang my nak kan tu!,” kongsi Poji di Insta Stories.
Dia pada masa sama turut bergurau, untuk tidak menghadiahkan lagi isteri telefon model baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Psttt… Teman da kabor tuggu 14 Pro Max lagi bulan je nak launch. Tak nak tunggu. Nak juga walaupunn… Nanti lagi 2 bulan keluar yang barux de dah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Ayu yang sinonim dengan lagu Hanya Di Mercu itu mengikuti pengajian di Aswara dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif, setahun lalu.
Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit menerusi media sebelum ini akui, ini adalah peluang berharga dalam hidupnya untuk memperbaiki ilmu pengetahuan dalam muzik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...