Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Nabil ketika sesi sidang media drama, Bukan Cinta Sempurna yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menurut Nabil, mereka dijangka menimang anak kedua pada hujung tahun ini.
Ads
“Pengumuman yang ingin dikongsikan adalah saya dan Ayda telah berkerjasama dan berpeluh-peluh mencuba untuk mendapat cahaya mata kedua.
“Usia kandungan kini sudah pun memasuki hampir lima bulan,” katanya kepada MH.
Ads
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Ads
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya tidak menghormati tempoh iddah gara-gara seringkali tampil cantik, kemas dan bergaya di media sosial.
Menurut Puteri Sarah, terdapat perbezaan diantara proses iddah jika seseorang itu bercerai hidup dan bercerai mati dengan suami.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menjelaskan segala perkara yang dikongsikan di media sosial itu adalah merupakan tuntutan kerja.
“Sebenarnya, saya pun ada membuat sedikit bacaan dan mengambil tahu tentang iddah. Tiada pihak yang menghalang saya bekerja.
“Saya tahu ramai pihak di luar sana yang mempertikai mengenai proses iddah saya. Namun, ada beberapa perkara yang kita kena tahu. Kalau bercerai mati, barulah kita duduk di rumah dan tidak boleh berhias.
“Manakala, jika bercerai ketika suami masih hidup, selama tiga bulan, saya kena bagitahu suami tentang segala urusan saya. Ketika ini, saya ada banyak tuntutan kerja.
“Jadi, Syamsul memang tahu tentang segala urusan kerja saya. Saya ke Jakarta pun dia tahu,” katanya kepada MH.
Puteri Sarah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang berlangsung di The Agam, Jalan Sungai Penchala, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon drama Hijrah Jannah ini turut mendedahkan dirinya tidak berasa hati dengan tomahan yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadap dirinya mengenai caranya menjalani tempoh iddah.
“Saya okay sahaja dan tak mahu ambil pusing sangat. Cuma bila ada pihak yang tak tahu fakta, kita akan bagitahu dan betulkan.
“Buat masa sekarang, saya hanya bekerja dan tidak membuat perkara lain. Orang di luar sana pun boleh tahu kalau tengok aktiviti saya di media sosial,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur selepas hubungan bekas suaminya bersama anak-anak kini semakin baik.
“Ketika ini perasaan saya memang gembira dan rasa seperti sedang memulakan hidup baharu. Anak-anak kini berada dalam keadaan yang sangat baik.
“Selepas apa yang berlaku sebelum ini, Syamsul lebih kerap berjumpa dan meluangkan masa dengan anak-anak. Hubungan mereka semakin baik. Hubungan Syamsul dengan saya juga begitu.
“Kami akan berhubung secara terus dan tidak lagi seperti dahulu. Tiada pertelingkahan diantara kami lagi. Kalau boleh, saya nak merapatkan lagi hubungan Syamsul dengan anak-anak.
“Selepas ini, saya mahu merapatkan hubungan Syamsul dengan mertua saya pula,” akhirinya.
Terdahulu, pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, serta Summayah kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Atiq Azman menyeru kepada para pengguna media sosial untuk tidak terjebak dengan trend meramal jodoh dan masa dapan dengan hanya memberikan nama pasangan seperti yang tular menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok.
Menurut Atiq, perbuatan ini sememangnya bercanggah dengan agama dan ia juga bukan satu bahan gurauan.
“Jahat-jahat aku tak tutup aurat, aku sedar dan berterima kasih kepada yang tegur. Tapi bila lalu fyp aku benda ni, ramai Melayu yang nak bandingkan pasangan masing-masing ‘susuai atau tidak’.
“Dekat sini bukan boleh buat gurauan. Boleh jatuh syirik buat benda ni. Aku tak pasti la ada salah seorang viewers dekat Instagram aku ni. Elak la benda-benda macam ni,” tulisnya.
Peringatan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Nur itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram Stories.
Tambah membimbangkan apabila sesi siaran langsung itu turut mempamerkan illustrasi seorang wanita seolah-oleh dia yang meramalkan keserasian sesebuah pasangan.
Dalam pada itu, Atiq turut menasihatkan orang ramai supaya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT lebih-lebih lagi mengenai soal jodoh dan masa hadapan.
“Dia anggap gambar belakang tu macam Tuhan dia pula. Elak la benda macam ni.
“Dia ingat dia Tuhan ke? Adik-adik, mana yang kalau keluar FYP ni, tak payah la. Jodoh semua ditangan Tuhan. Suka hati je cocok dengan tak cocok bak kata dia,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, nama Atiq menjadi bualan hangat netizen berikutan ada yang kurang senang dengan cara pemakaiannya tidak menutup aurat ketika sedang bercuti di sebuah pulau.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Atiq Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Negara ketika ini sedang berdukacita diatas pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi.
Pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin nyata memberikan kesan bukan sahaja buat rakan sejawat tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.
Antara yang turut menzahirkan rasa sedih diatas pemergian tokoh politik ini termasuklah pengacara dan pelawak, Azrul Zaidi.
Jelas Azrul, dia pernah menemuramah
Allahyarham Datuk Seri Salahuddin di sebuah progam televisyen dan ternyata arwah seorang yang sangat mudah didekati.
“Aku pernah mengacara sebuah program di RTM iaitu Bicara Pengguna. Rata-rata tetamu program ni adalah YB Menteri. Antara YB Menteri yang sempoi dan mesra ialah Allahyarham DS Salahuddin Ayob.
“Program ni live dan ada caller yang akan call dan juga soalan melalui FB. Sesetengah tetamu akan bagitahu jangan ambil call atau tapis dulu dan tak nak soalan dari FB tetapi tidak buat Allahyarham,” tulisnya.
Kata Azrul lagi, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin merupakan seorang pemimpin yang berani untuk berhadapan dengan apa sahaja pertanyaan daripada masyarakat
“Beliau bagitahu apa saja yang hendak ditanya beliau akan jawap tanpa tapisan dan sebagai seorang pengacara bila dapat tetamu yang sempoi dan berdedikasi maka kita akan tenang dan tak kalut.
“Walaupun hanya sejam bersama namun dapat dilihat ketokohan dan mulianya hati seorang insan yg ikhlas membantu masalah rakyat. Kenangan bersama arwah akan aku simpan sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Jumaat lalu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam selepas mengalami mual serta muntah-muntah.
Doktor pakar kemudian mengesahkan beliau mengalami pendarahan otak dan selamat menjalani pembedahan serta berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor itu ditidurkan dan dipantau rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sebelum dilaporkan meninggal dunia.
Jenazah Salahuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian pada jam 12.05 tengah hari tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azrul Zaidi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...