
Pasangan selebriti, Nabil Mahir dan tunangnya, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat akhirnya mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Berita gembira itu dikongsikan mereka menerusi episod pertama #BilAydaJatuhCinta di saluran YouTube, Wuvv Show sebentar tadi.
Sambil berkongsi detik bakal bergelar raja sehari, #BilAydaJatuhCinta episod terawal itu antara lain turut mendedahkan mengenai fasa awal perkenalan sehingga kini.
“Dia memang tak ingat langsung mengenai tarikh.
“Sebab itulah tarikh untuk kahwin pun dia (Ayda) pilih tarikh yang sangat senang untuk ingat,” gurau Nabil yang setia ditemani Ayda di sisi.
Dalam sesi santai, merpati dua sejoli ini turut menerima ucapan serta dedikasi rakan selebriti yang sebelum itu turut berteka-teki tarikh perkahwinan mereka berdua sebelum itu.
“Ini adalah pengumuman untuk majlis perkahwinan kami, 1 Januari 2021.
“Kepada kawan-kawan, keluarga dan peminat, minta doakan yang terbaik untuk kami berdua,” pinta Ayda.
Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti perjalanan cinta keduanya dalam #BilAydaJatuhCinta yang bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.
Terdahulu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu.
Ikuti episod pertamanya di sini;
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pernah Elak Untuk Bergambar, Sedar Diri Hodoh,” – Beby Maembong Kini Berjaya Turun 18Kg!

Bintang media sosial dan usahawan, Beby Maembong kecewa dengan segelintir individu yang memandang serong terhadap fizikal badannya beberapa tahun lalu.
Akui kakak kepada pelakon popular Emma Maembong itu, dia berasa kurang berkeyakinan ketika berjumpa dengan orang ramai kerana merasakan dirinya kurang cantik di mata mereka.
“Di Malaysia jika anda gemuk maka anda HODOH. That the most Fking mindset people have i know! Sebenarnya semua orang cantik dengan cara mereka sendiri.
“Im once Being a fatphobia and fat bully and its really actually attacking my mental illness & i am lack of confidence.
“I always cry & lock myself I feel terrible.. Saya pernah elak untuk bergambar dan berjumpa dengan orang ramai kerana kurang keyakinan. Saya sedar diri saya HODOH!,” tulisnya.
Bagaimanapun, Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail tidak patah semangat untuk ubah diri agar kelihatan lebih baik berbanding sebelum ini.
“But everything changes! I fight for what I am today ..Saya mahu menjadi cantik … Saya mahu suami saya melihat saya dan berbangga dengan diri saya.
“Saya mahu menjadi contoh terbaik untuk anda semua.
“Nothing is impossible … Tired people say im fat .. I’m tired when they have fun & play with my fat. It’s not FUNNY!,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
Foto tersebut melihatkan perubahan fizikal wanita berusia 30 tahun itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg.
“So today I show you then my picture that I’ve never shown you before. This is me before 70kg and after 52kg.
“If I can .. You can … Ignore all the negative comments about you .. You’re as beautiful as you are. Like all the ladies there,” tulisnya.
Difahamkan, ibu kepada empat orang anak ini mengambil masa dua bulan untuk memiliki bentuk badan ideal.
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
Foto : Instagram Beby Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rizky Febian & Mahalini Selamat Bertunang, Perbezaan Agama Bukan Penghalang Hubungan

Walaupun berbeza agama, penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Mahalini Raharja.
Majlis pertunangan pasangan itu diadakan di The Langham, Jakarta, Indonesia pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Instagram label muzik yang menaungi kerjaya Rizky iaitu RFAS Music.
Majlis pertunangan mereka disaksikan oleh 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Penyanyi lagu Kesempurnaan Cinta itu berkata niatnya untuk bertunang adalah untuk tujuan yang baik kerana ibadah.
“Tidak ada banyak kata yang saya boleh ungkapkan di sini. Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi individu yang lebih baik dan mempunyai tujuan yang tulus.
“Mungkin saya tidak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri tapi izinkan saya memperbaiki bersama dengan Mahalini. Terima kasih,” kata Rizky.
Pasangan ini mula terbuka berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka sejak dua tahun lalu.
Untuk rekod, Rikzy, 25, merupakan seorang Muslim manakala Mahalini, 23, pula merupakan penganut agama Hindu.
Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Happy Birthday My Darling,”-Ucapan Yusry Sempena Hari Jadi Lisa, Bersemutnya!

Semalam merupakan hari jadi pelakon Lisa Surihani yang ke 33 tahun.
Menariknya, suami kepada Lisa, Yusry Abd Halim telah memberi ucapan yang romantis kepada Lisa.
“Many hapoy returns to my sayang & soulmate @lisasurihani. My wife looks hotter & hotter every day…”
“The mother to my kids is beautiful inside & out. My life partner is the best I could ever wish for.”
“Hope we will celebrate many more birthdays & anniversaries together, Insha Allah.”
“Feeling a bit sad I had to go out for shoot today. Promise I will make it up to you once I wrap. Happy birthday my darling” tulisnya.
https://www.instagram.com/yusryabdhalim/p/BvWeR3pBPMv/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=14r6yxjetlzik
Disamping itu, peminat juga telah memberi ucapan selamat hari jadi kepada Lisa.
Malah peminat juga turut mendoakan agar Lisa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
MH ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Lisa.
Untuk rekod, Lisa Surihani telah dilahirkan pada tanggal 23 Mac 1986.
Foto : Instagram Yusry Abd Halim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI