Siapa yang tidak kenal dengan bintang popular yang dilahirkan daripada pertandingan Hero Remaja, Fattah Amin. Memiliki aura yang bisa membuat hati wanita cair bila melihat dirinya.

Namun begitu bukan cerita tentang Fattah yang ingin kita sampaikan sekarang ini tetapi tentang seorang anak muda yang merupakan finalis Hero Remaja 2017 yang dikatakan mempunyai iras-iras Fattah Amin iaitu Nabil Aqil.

Jom kita tengok wajah Nabil yang dikatakan mirip Fattah.

Nabil Aqil, Finalis Hero Remaja 2017 Iras Wajah Fattah Amin

Nabil Aqil, Finalis Hero Remaja 2017 Iras Wajah Fattah Amin

IKLAN

Nabil Aqil, Finalis Hero Remaja 2017 Iras Wajah Fattah Amin

Ha macam mana, sama tak?

Sempat MH Online bertemu dengan Nabil dan bertanyakan beberapa soalan tentang perihal wajahnya yang mirip dengan pelakon ini.

IKLAN

Ditanya tentang wajahnya ini, adakah dia bersetuju dengan pendapat orang ramai tentang hal ini dan dia berkata dia sendiri tidak merasakan wajahnya ada mempunyai iras wajah bekas juara Hero Remaja 2012 itu.

“Saya tak pernah terfikir muka saya sama macam Fattah tapi kawan-kawan dan mak saya cakap ada angle wajah saya yang mirip macam Fattah,” jawabnya.

Tambah Nabil, dia tidak pernah terfikir apabila dia mempunyai iras wajah seperti Fattah maka dia boleh dapat gelaran juara dengan mudah.

“Rupa is rupa dan ia tidak melambangkan personaliti seseorang.

 

“Bakat adalah benda yang utama untuk menentukan kejayaan seseorang itu,” ujarnya.

Nabil berkata lagi, tujuannya memasuki pertandingan Hero Remaja 2017 ini kerana dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon dan berjaya seperti bekas-bekas finalis Hero Remaja yang terdahulu.

IKLAN

Katanya lagi, dia teringin untuk menjadi seperti Syafiq Kyle yang semua sudah sedia maklum merupakan naib juara Hero Remaja 2012.

“Saya nak jadi macam Syafiq Kyle, sebab saya suka lakonan dia yang tidak mengikut skrip sangat dan lebih bersahaja,” kata Nabil.

Apa yang lebih menarik adalah, Nabil yang kini berusia 19 tahun mempunyai seorang ibu berusia 36 tahun. Usia muda ibunya membuatkan dia berasa ibunya seperti seorang kawan dan memahami dirinya yang kini meningkat remaja.

“Ibu saya seorang yang sangat memahami diri saya, dia tahu apa yang saya rasa sebab dia pernah lalui semua tu. Dia macam kakak saya la, dia tahu apa saya buat, apa saya suka, macam mana saya enjoy dan dia masih lagi berjiwa remaja,” ujar Nabil tentang ibunya yang sangat memahami dirinya.

Semoga perjuangan Nabil dalam merebut gelaran juara Hero Remaja 2017 tercapai. Untuk makluman semua Rancangan Hero Remaja 2017 akan ditayangkan di Astro Ria bermula 14 September ini setiap Khamis jam 9.00 malam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI