Sepuluh tahun terlibat dalam dunia seni, selebriti serba-boleh Nabil Ahmad mengakui tiada apa yang lebih bermakna untuk menghargai peminat yang selama ini banyak memberikan sokongan selain berkongsi rezeki, seperti mempelawa mereka untuk menunaikan umrah bersama.

Bagaimanapun, segala butiran mengenai projek istimewa ke tanah suci pada Ramadan depan itu akan diberitahu pada 24 Mac depan menerusi sebuah program istimewa.

Nabil memberitahu demikian selepas ditemui MH di program Sedekad ‘My Story’ Nabil Ahmad dalam Industri di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada Khamis.

Nabil Ahmad Pasang Niat Murni, Mahu Bawa Peminat Tunai Umrah Bersama Ramadan Ini

IKLAN

Bakal dipaparkan dalam program My Umrah Story tidak lama lagi, pengacara MeleTOP di samping Neelofa itu turut menganggap, peluang mengerjakan ibadat itu bersama peminat pada bulan puasa dilihat sebagai sesuatu yang cukup istimewa.

“Sekurang-kurangnya saya boleh berikan sesuatu, hargai mereka kembali dengan cara ini. Alhamdulillah, saya berpeluang untuk berkenalan dengan seorang hamba Allah ni yang sudi menolong. Mungkin dia melihat ada seuatu pada saya ni sehingga membuahkan idea berkenaan. Niat kami baik, nak bawak orang tunai umrah bersama-sama.

 

“Bab umrah ni, saya tak boleh kata ‘no’. Saya sudah berpeluang ke sana dan saya mahu kongsi pengalaman tersebut. Semoga kita semua akan mendapatkan keberkatan atas apa yang kita lakukan,” kata Nabil yang turut merakamkan rasa terima kasih buat pengamal media yang selama ini tidak putus-putus memberi sokongan buatnya.

Mengimbau kenangan sepanjang bergelar anak seni sehingga kini, bekas penghantar barang berusia 35 tahun ini memberitahu, dia cuba untuk tidak lupa asal usul meski sebelum ini mengakui, dia pernah leka seketika dek arus glamor yang dimelingkari hidupnya. Bagaimanapun, berkat doa dan sokongan insan terdekat, kehidupannya kini berjalan dengan baik.

IKLAN

Nabil Ahmad Pasang Niat Murni, Mahu Bawa Peminat Tunai Umrah Bersama Ramadan Ini

IKLAN

“Kalau nak dibandingkan kehidupan saya lebih dua puluh tahun yang lalu, saya boleh cakap kehidupan lebih 10 tahun dalam industri lebih manis, menarik dan seronok. Pernah juga leka, tapi mujur berkat doa orang kuat yang sentiasa ada dari belakang seperti keluarga dan ibu bapa cukup memberi semangat.

 

“Malah, rakan-rakan juga baik yang baru atau dah lama kenal membuatkan saya kini makin bertahan. Belum ada niat lagi untuk berhenti. Malah kalau boleh nak berada lama lagi dalam industri supaya saya boleh sumbangkan sesuatu kepada masyarakat,” luah Nabil positif.

Ikuti sedutan mengenai apa yang telah diperkatakan Nabil yang telah disiarkan menerusi Live FB Media Hiburan.

Bersempena dengan 10 tahun, Nabil mahu berkongsi rezeki dengan para peminatnya!

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 7 March 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI