Hos dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa gembira sejurus mendengar maklum balas positif penonton yang rata-rata terhibur dengan gandingannya bersama Elly Mazlein menerusi program Gegar Vaganza (GV) musim terbaharu.
Memulakan tirainya pada Ahad lepas, Elly menggantikan posisi Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, awal September lalu.
Nabil, 39, ketika dihubungi MH berkata, gandingan mereka berdua disifatkan sebagai suatu pembaharuan bagi program realiti yang kini berjalan selama sembilan musim (GV9).
“Alhamdulillah, gandingan saya dengan Elly menjadi, saya happy gila. Sebelum GV9, saya memang sudah banyak kali bekerja dengan Elly seperti Muzikal Lawak Superstars dan MeleTOP.
“Jadi senang dapat bekerjasama dengan dia sekali lagi. Malah, sewaktu team produksi GV minta pendapat saya, siapa hos yang dirasakan boleh gantikan Jihan, saya memang cadangkan nama Elly.
“Saya tak nafikan, pihak produksi memang ada juga beberapa nama selain Elly ketika itu. Alhamdulilah, bila dia terpilih tu, saya sukalah sebab sekarang GV dah masuk musim kesembilan.
Ads
“Kalau boleh saya nak teman pengacara yang dah ada banyak pengalaman jugalah. Kehadiran Elly jadi ‘wow factor’, ibarat suntikan nafas baharu untuk program itu sendiri,” katanya.
Mengulas mengenai energi ‘tiptop’ yang dipersembahkan rakan pengacaranya itu hingga ada yang mendakwa penampilannya seakan tenggelam, Nabil tidak kisah akan perkara tersebut.
“Dekat GV ini bagi saya yang perlu diberi perhatian adalah peserta tapi bila Elly atau saya lebih menonjol, bagi saya itu adalah satu kejayaan untuk program itu juga.
“Saya tak kisah pun siapa-siapa yang menonjol tapi saya mengharapkan peserta lebih dapat ‘highlight’ sebab yang bertanding adalah mereka tapi bila Elly (jadi perhatian) saya tumpang happy dan seronok sebab apa-apa pun ini adalah kerja berpasukan.
Ads
“Bila gandingan kami diperkatakan dan viral lebih-lebih lagi di TikTok, saya gembira sebab orang menghargai kerja kami sebagai hos,” katanya lagi.
Setelah lapan musim menggemudi GV bersama Jihan, Nabil berkata dia turut sedih tidak dapat bersama rakannya itu yang kini dalam fasa berpantang.
“Kami sama-sama dari GV1 hingga GV8, sedikit sedih tu adalah tapi Jihan memang dah inform awal-awal, time GV9 berlangsung dia memang sedang berpantang.
Ads
“Mana tahu dalam minggu separuh akhir atau final nanti, kalau Jihan boleh buat kemunculan, seronok juga nanti pentas itu kalau ada kami bertiga.
“Jihan pun ada beritahu dia suka dan terhibur melihat gandingan saya bersama Elly pada minggu pertama,” katanya.
GV9 menampilkan persaingan 13 penyanyi yang terdiri daripada Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nadzir, Tomok, Pat Candy, Bob Yusof dan Hazrul Nizam.
Turut bertanding ialah Roy Kapilla, Asheed Def-Gab-C, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom dan kumpulan VE.
GV9 berlangsung pada setiap Ahad, jam 9 malam dan ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Memetik laporan Kosmo, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson mendakwa dirinya sudah sering kali dibelasah suaminya sendiri, Abdul Zackery Ghouse.
“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini turut mendedahkan insiden tersebut terjadi selepas dia mengajukan soalan dan mengesyaki kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
“Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” ujarnya lagi.
Difahamkan, Zahnita kini berada di Kuantan, Pahang dan sedang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.
Sebelum ini, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.
Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011.
Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.
Pagi tadi, Zahnita mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi foto yang memaparkan keadaan matanya yang lebam.
Katanya lagi, disebabkan kejadian tersebut, dia terpaksa keluar daripada rumah lamanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zahnita & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika usia kandungannya sudah pun memasuki minggu ke 31, penyanyi Ainan Tasneem memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu mengalami sedikit masalah.
Ini kerana, menurut doktor, kedua-dua bayi yang dikandung tidak mempunyai saiz yang seimbang.
Malah Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan menerusi Instagram menjelaskan, doktor turutikhtiar sebaiknya kerana jika tidak, ia boleh mengakibatkan kelahiran bayi secara pramatang.
“Now dah 31 weeks pregnant. Tadi Ainan pergi checkup, doc cakap salah satu baby twins tu kecik sikit. Sorang baru 1.1kg. Sorang lagi 1.5kg dah.
“Risau terbersalin awal tu yg doc suruh cucuk dexa. Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu.
“Esok kena cucuk lagi untuk 2nd dose. Dexa tu bertujuan untuk matangkan paru2 baby incase baby terbersalin awal. Sebab kandungan twins berisiko tinggi untuk lahir pramatang,” jelasnya.
Jelasnya lagi, jika keadaan tidak menunjukkan sebarang perubahan, dia berkemungkinan akan barsalin awal daripada jangkaan.
Dia bagaimanapun cuba untuk mengambil sikap positif terhadap apa yang berlaku.
“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat baby tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang Ainan kena bersalin awal je.
“Allah.. Ainan tak ready lagi. Tak boleh imagine baby masuk NICU & kena berpantang tanpa baby disisi.
“Sekarang nak keep on positive je. Hopefully baby membesar dgn baik dalam perut & dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa dari kalian semua ya,” tulisnya.
Kini sudah pun memiliki seorang cahaya mata, Ainan Salsabiela yang dilahirkan Mac 2018, Ainan dan suaminya, Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi mendirikan rumah tangga pada tahun tahun 2017 lalu.
Foto: Instagram Ainan Tasneem
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pempengaruh, Kim Raymond yang kembali bergelar isteri selepas selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Zahir Omar pada Khamis.
Tampak berseri, bekas isteri...