Pelakon Mimi Lana memaklumkan dia terpaksa bermalam di wad bagi mendapatkan rawatan akibat demam panas pada Rabu.

Mimi atau nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, turut mendedahkan dalam seumur hidupnya, ini merupakan pengalaman kali pertama dia dimasukkan ke hospital.

Berkongsi cerita di Insta Story, Mimi berkata dia mula berasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu dan bimbang sekiranya terkena jangkitan Covid-19 atau influenza.

Badan Menggigil, Mimi Lana Pertama Kali Masuk Wad; “Saya Bimbang Terkena Jangkitan Covid-19 Tapi Doktor Syak…” Badan Menggigil, Mimi Lana Pertama Kali Masuk Wad; “Saya Bimbang Terkena Jangkitan Covid-19 Tapi Doktor Syak…”

“Dua, tiga hari ini saya rasa tak sedap badan dan pagi ini (Rabu), suhu badan naik secara tiba-tiba. Saya sejuk sampai menggigil.

“Saya bimbang terkena jangkitan Covid-19 atau influenza dan doktor syak saya terkena denggi disebabkan simptom yang dialami. Mujur tiada apa, hanya demam panas.

IKLAN

“Saya tidak pernah dimasukkan ke hospital sebenarnya. Selalu saya demam ambil ubat dan balik rumah berehat.

“Kali ini, lain macam betul demamnya. Saya pun tak sangka,” tulis Mimi yang turut memaklumkan dia sudah menerima dua botol drip air sejak dimasukkan ke hospital.

Badan Menggigil, Mimi Lana Pertama Kali Masuk Wad; “Saya Bimbang Terkena Jangkitan Covid-19 Tapi Doktor Syak…”

IKLAN

Badan Menggigil, Mimi Lana Pertama Kali Masuk Wad; “Saya Bimbang Terkena Jangkitan Covid-19 Tapi Doktor Syak…”

Walaupun berada dalam keadaan kurang sihat, Mimi sempat meluahkan rasa bersalah kepada krew penggambaran yang terlibat dengan drama terbaharu yang dibintanginya.

“Saya betul-betul rasa bersalah sebab sepatutnya ada penggambaran hari ini. Inilah kali pertama dimasukkan ke hospital ketika shooting.

IKLAN

“Doakan saya cepat sembuh dan boleh kembali ke set seperti biasa,” tulisnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Mimi Lana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI