Penganjur Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) menyifatkan gandingan hos tahun ini iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai gandingan serasi yang bakal memeriahkan acara anugerah tahunan itu.

Malah hos tiga yang bakal diperkenal tidak lama juga dilihat sebagai antara elemen kejutan pada AME kali ini.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, Nabil  yang sinonim dengan jenama MeleTOP pasti mampu memberikan kelainan saban tahun bersama hos gandingan.

“Kita tahu Nabil bersama AME sejak dahulu hinggalah sekarang malah Nabil dikira membawa MeleTOP pada satu tahap yang boleh dibanggakan. Jadi sebab itulah dia masih dikekalkan.

“Malah kita juga tahu gabungan Nabil dan Jihan juga memang serasi. Tahun lalu mereka lakukan yang terbaik dan tahun sebelumnya kita juga mengekalkan Jihan.

“Gembira melihatnya sekali lagi di AME2021. Cuma kita tunggu sahaja nanti kejutan hos ketiga,” katanya.

Sementara itu, Raqim berharap tidak ada calon awal Top 20 AME2021 yang menarik diri, sebaliknya sama-sama turut serta dengan memberikan sokongan padu.

IKLAN

“Kita mengharapkan calon yang disenaraikan dapat turut serta memandangkan kita tahu industri hiburan agak senyap untuk beberapa lama kerasa situasi semasa.

“Saya rasa ia penting untuk kita sama-sama mengembali, semarakkan semula industri seni. Sudah tentu kita tidak boleh paksa sesiapa untuk meneruskan saingan. Akan tetapi besar harapan kami moga semua selebriti yang menyertai dapat turut serta.

“AME juga memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada semua warga kerja kreatif, terutamanya peserta pada tahun ini,” katanya.

Nabil Ahmad & Jihan Muse Diumum Hos AME2021, Penganjur Turut Harap Tiada Calon Yang Tarik Diri Nabil Ahmad & Jihan Muse Diumum Hos AME2021, Penganjur Turut Harap Tiada Calon Yang Tarik Diri Nabil Ahmad & Jihan Muse Diumum Hos AME2021, Penganjur Turut Harap Tiada Calon Yang Tarik Diri Nabil Ahmad & Jihan Muse Diumum Hos AME2021, Penganjur Turut Harap Tiada Calon Yang Tarik Diri

IKLAN

Mengenai sejauh mana persediaan atau kebarangkalian sekiranya AME2021 dianjurkan tanpa penonton, pihaknya akur dengan ketetapan namun mengharapkan situasi pandemik di negara ini terkawal.

“Sudah tentu kita mengharapkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada ketika ini kekal, yang mana kita dibenarkan untuk melakukan acara yang ada penonton mengikut kapasiti dewan.

“Bagaimanapun, perlu akur sekiranya pada ketika itu kita tidak dibenarkan untuk mempunyai penonton.

IKLAN

“Tidak mustahil untuk kita terbitkannya tanpa penonton memandangkan sebelum ini ada beberapa program hiburan yang dibuat tanpa penonton.

“Cuma saya rasa dengan adanya SOP yang ketat bersama kadar vaksinasi yang semakin tinggi dalam negara kita harap ia dapat diteruskan bersama penonton,” katanya.

Format penganjuran asal AME menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan.

Untuk edisi 2021, sebanyak tiga buah kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.

Manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Undian fasa pertama untuk memilih calon Top 5 akan dibuka bermula 5 Oktober 2021, jam 6 petang hingga 19 November ini jam 6 perang menerusi laman rasmi www.anugerahera.com.my dan aplikasi SYOK.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI