
Meluahkan rasa hati dari lubuk paling dalam, Aliff Aziz menerusi Insta Story menjelaskan dia sudah penat dan lelah dengan segala yang berlaku.
Namun bintang tinggi lampai ini akur dan percaya semua ujian yang diturunkan atasnya ada hikmah.
Tulis bekas suami Bella Astillah ini lagi, dia tahu bahawa Allah punya perancangan terbaik untuknya.
“Dear Allah,
Me heart is tired, I feel exhausted. My life is falling apart and I feel nothing but sadness. I have full faith in you and your plan for me.
I just want to take out a minute of my time to thank you for all that you have done. You have saved me from things I couldn’t save myself into.
“You have given me the ability to hold onto my den even on te days I feel like I’m drowning in sorrow.
“You are the most merciful and I put my trust in You. I know things will get better, I just need to have Sab’r and accept that the Qad’r of Allah is what will be best for me. – herblankcanves (Instagram),” kongsinya.
Selepas perceraian dengan Bella, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila didakwa pernah berkawan dengan model dan pelakon, Cristine Joanne pula.
Wanita itu mendakwa lelaki ini meninggalkannya apabila hubungan bersama Bella dilihat kian baik.
Foto : Instagram Aliff Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagi ‘Line-Up’ Artis Popular Seperti Aina Abdul & Nadeera… Anjung Syawal Memang Berbeza, Siap Ada Segment ‘Pangkin Seni & Serambi Santai’

Isi Kandungan
ToggleKemeriahan Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, dijangka meriah dengan penampilan istimewa beberapa artis popular tanah air.
Bermula 28 Februari hingga malam raya, pentas Anjung Syawal akan dihiburkan oleh barisan artis terkenal termasuk Aina Abdul, Khai Bahar, Amir Masdi, Haziq Rosbi, dan Ara Johari yang dijangka membuat persembahan pada hujung minggu terpilih.
Turut memeriahkan acara termasuk artis meningkat naik seperti Nadeera Zaini, Bella Astilah, dan ramai lagi.
Daya Tarikan
Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal selaku penganjur menyatakan bahawa kehadiran barisan selebriti ini diharap dapat menjadi daya tarikan utama bagi pengunjung yang ingin membeli-belah dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
“Sebagai penganjur, kami mahu memberikan yang terbaik kepada semua pihak terutama kepada usahawan yang meniaga di mana kehadiran ramai artis popular diharap mampu menarik ramai pengunjung untuk datang membeli– belah.
“Justeru, saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesudian para artis terlibat kerana acara ini juga boleh menjadi salah satu platform untuk mendekati peminat mereka,” katanya.
Anjung Syawal dengan kerjasama anjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang bakal kembali untuk tahun ke-13 bermula 28 Februari ini selama 33 hari.
Bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, pelbagai aktiviti dan reruai akan dilaksanakan bersama konsep yang menonjolkan kekayaan budaya Melayu dan kesenian Islam yang menjadi tradisi turun-temurun di negara ini.
Lebih mengujakan, lebih 220 lot niaga daripada jumlah keseluruhan sebanyak 293 lot niaga di Anjung Syawal telah habis terjual sejak 1 Januari lalu dan optimis ia akan habis dijual bulan ini.
“Walaupun terdapat isu yang dimainkan di media sosial yang menasihati peniaga agar tidak berniaga di Bazar Aidilfitri kerana masyarakat dikatakan tidak lagi gemar membeli secara fizikal namun sambutan di Anjung Syawal di luar jangkaan.
“Bahkan sebelum kami mengumumkan jualan lot niaga dibuka lagi, sudah ramai usahawan yang menghubungi untuk membuat tempahan slot,” katanya yang turut memperuntukkan 20 lot niaga kepada golongan selebriti dan pempengaruh.
Elemen Moden Tak Dilupa
Rayme pada masa sama menambah, konsep kali ini bukan sahaja bertujuan mahu mengekalkan warisan budaya Melayu tetapi juga memasukkan elemen moden dalam sambutan Ramadan dan Syawal.
Pihaknya juga berhasrat menghubungkan warisan budaya dengan inovasi masa kini, seterusnya berusaha menarik minat semua golongan masyarakat mengenali budaya bangsa terutama generasi muda.
“Antara kelainan baharu Anjung Syawal adalah dengan memperkenalkan segmen ‘Pangkin Seni dan Serambi Santai’ bagi menyediakan pelbagai aktiviti kebudayaan serta ruang selesa untuk pengunjung beristirehat.
“Bagi mengekalkan tarikan dan kemeriahan pada tahun ini, khemah lut sinar serta berlampu akan turut disediakan di kawasan terpilih khusus untuk membolehkan pengunjung berbuka puasa bersama ahli keluarga dengan selesa,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat Tahu Kena Gantikan Kak Ani Dua Minggu Lalu,” – Nyanyi Lagu Intan Payung, Amsyar Leee Jawab Soal Kecaman Netizen

Penyanyi baharu, Amsyar Leee tampil menggantikan Noraniza Idris yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah bagi menyampaikan lagu Intan Payung bersama Bunga Isme.
Ia sekali gus meleraikan teka-teki mengenai siapakah pengganti penyanyi itu di saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36), malam tadi.
Meski akui gementar, Amsyar bagaimanapun cuba sehabis baik menyampaikan lagu ciptaan Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa itu.
“Saya dapat tahu saya kena gantikan Kak Ani dua minggu lalu. Pada awalnya saya rasa sangat takut nak ganti Kak Ani, saya dah beritahu pihak label, Warner Music yang saya rasa sangat gementar, mungkin saya tak dapat buat yang terbaik.
“Tapi Alhamdulillah, saya rasa berpuas hati dengan persembahan saya biarpun ada kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada persembahan sebentar tadi. Saya pun mahu kekalkan rasa enjoy atas pentas sebab saya tak mahu stress. Jadi saya enjoy dan banyak tersenyum,” katanya.
Ditanya mengenai resksi berbaur kritikan mengenai persembahannya, Amsyar optimis dan tidak mahu memandangnya daripada sudut negatif.
“Saya terima segala kecaman terhadap saya, tapi saya tak ambil serius dengan perkara terbabit kerana sebelum ini saya pernah kena lebih teruk lagi.
“Sebenarnya, lagi banyak perkara positif yang datang, jadi saya tak harus memandang kepada yang negatif sahaja. Perkara yang positif lebih banyak dan saya sangat terharu dengan semua yang memberi sokongan kepada saya,” katanya lagi.
Persaingan 18 lagu di SFMM36 berlangsung malam tadi dan baki 12 lagu akan bertanding hari ini bagi merebut peluang bersaing di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) kelak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Di Rumah, Kami Tak Banyak Cakap Soal Kerja,” – Bapa Disiasat SPRM, Dafi Enggan Ulas Lanjut

Isi Kandungan
TogglePelakon dan penyanyi Dafi Ismail mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Menurut Dafi, dia bukan individu yang layak untuk berbicara tentang perkara tersebut kerana ia berkaitan urusan kerja bapanya.
“Kenapa saya harus terkesan pula? Pada saya, hal ini melibatkan urusan kerja bapa saya. Sebagai anak, sudah tentu saya tahu apa yang berlaku namun, bukan tempat saya untuk bercakap hal tersebut.
“Biarlah ayah saya yang jawab sendiri. Di rumah, kami tidak banyak bercakap soal kerja. Saya pun tak nak campur urusan kerja ayah saya.
“Apapun, sebagai anak, saya akan terus menyokong ayah saya. Itu adalah peranan saya,” katanya.
Penyanyi Bila Terasa Rindu ini turut menjelaskan, tiada sebarang larangan daripada bapanya untuk mengulas isu berkenaan jika disoal oleh pihak media.
“Ayah tidak pernah menghalang. Namun, bagaimana saya membawa diri atau cara berkomunikasi di khalayak, itu semua adalah hasil didikan yang telah diberikan oleh ayah saya selama ini.
“Untuk berhadapan dengan situasi seperti ini, segalanya berlaku secara automatik,” jelasnya lagi.
18 Tahun Dalam Industri, Dafi ‘Kalis Kecaman’
Walaupun namanya turut terpalit secara tidak langsung, Dafi tenang menghadapinya dan menganggap ini bukanlah perkara baharu selepas hampir dua dekad bergelar anak seni.
“Saya masuk ke dalam industri ini bermula pada zaman realiti TV. Sejak awal lagi sudah biasa dikecam. Ayat poyonya saya kalis kutuk. Saya sudah terbiasa.
“Jadi, saya tiada masalah untuk membaca komen-komen negatif ini. Pendekatan saya adalah untuk jadikan komen negatif itu kepada positif.
“Kalau memang komen negatif sepenuhnya, saya boleh abaikan sahaja. Apa yang saya kata kepada diri sendiri lebih teruk berbanding mulut orang,” katanya lagi.
Dafi pada masa sama turut menyatakan harapannya agar isu melibatkan bapanya itu dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya harap segalanya dapat diselesaikan secara baik dan tenang. Semoga keadaan kembali menjadi normal tidak lama lagi.
“Saya bukan nak bercakap besar namun, sejujurnya hal ini tidak memberikan kesan kepada saya.
“Saya juga mahu berterima kasih kepada orang-orang di luar sana kerana masih ada rasa hormat dan faham. Ayah dengan kerja dia. Saya dengan kerja saya,” katanya.
Siasatan SPRM Terhadap Bekas PM
Terdahulu pada Mac lalu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Rampasan itu dilakukan susulan siasatan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pemeriksaan dibuat di sebuah kediaman serta tiga pejabat yang dipercayai dijadikan sebagai ‘safehouse’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI