Pelakon cantik yang juga merupakan kakak kepada Ruhainies, Risteena Munim ada merakam beberapa keping foto bersama seorang lelaki, saat bercuti di Kota London, baru-baru ini.
Turut sama mengikuti rombongan cuti-cutinya ialah ahli keluarga.
Menerusi ruangan kapsyen, Risteena seolah-olah membayangkan lelaki berkenaan ialah jejaka yang cukup istimewa di hati.
Sering berkongsi momen bersama suami dan keluarga, Mawar Rashid mengakui dia kini teruja menantikan kehadiran orang baru dalam keluarganya.
Apatah lagi, cahaya mata yang dijangka bakal dilahirkan lebih sebulan lagi merupakan pengalaman pertama seumpamanya buat Mawar.
“Terlebih excited pulak. Sebab ada beberapa faktor. Dah lama tak #OOTD ngan hubby love, We all akan jumpa baby lagi sbulan lebih.
“Dapat pujian dari suami masakan sedap dan Harini hubby puji cantik, lepas tu, he took my photos…dup dap dup dap,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang
#HatiBersyurga #MummyLovesPapa dan #MySweetRaden
Mawar mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aliff Syukri malam tadi ada memuat naik satu posting di Instagram yang membayangkan penjaga sebenar kepada anak angkatnya, Qayyum mahu mengambil kembali anaknya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Menerusi perbualan menerusi aplikasi WhatsApps yang dikongsi, individu berkenaan dikatakan mahu mengambil Qayyum pada minggu depan, Jumaat.
“Kenapa tak ambil sekarang je kan senang sikit saya. Macam saya buat bisnes pusat penjagaan baby pula.
“Awak tak nak baby awak kasi saya dan bila saya dah banyak habis masa dan duit awak nak baby tu awak ambil.
“Saya dapat apa? Kalau macam tu cepatlah ambil nanti lagi banyak benda saya rugi dan terus tertekan dan lagi banyak saya kena kutuk,” tulis Aliff.
Sebelum ini kecoh mengenai individu yang difahamkan sebagai ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki berkenaan yang dikatakan mahu menjaga anaknya kembali kerana kononnya, pasangan usahawan itu tidak menjaga anaknya dengan baik.
Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan mereka selepas viral sepotong video yang mendakwa salah seorang orang gajinya telah melayan Qayyum secara kasar saat diminta bergambar.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Janna Nick memohon orang ramai agar tidak terlalu menzahirkan rasa simpati terhadap dirinya dan suami, Dini Schatzmann, meskipun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.