Pelakon cantik yang juga merupakan kakak kepada Ruhainies, Risteena Munim ada merakam beberapa keping foto bersama seorang lelaki, saat bercuti di Kota London, baru-baru ini.
Turut sama mengikuti rombongan cuti-cutinya ialah ahli keluarga.
Menerusi ruangan kapsyen, Risteena seolah-olah membayangkan lelaki berkenaan ialah jejaka yang cukup istimewa di hati.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui hingga kini, tiada mana-mana penyanyi lelaki yang boleh menggantikan rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Penyanyi Hatiku Milikmu itu menyatakan pendapat tersebut menerusi program GIG Siti Nordiana siaran TV1.
“Zaman kegemilangan duet dengan arwah Achik tiada gantinya sampai sekarang memandangkan kami ada peminat dan pengikut tersendiri.
“Meski saya cuba duet dengan mana-mana artis lelaki lain, ia masih tidak boleh sama. Misalnya dengan Khai Bahar, Lan Solo atau Alif Satar. Mereka masing-masing punyai genre sendiri.
“Jadi tiada peminat yang membandingkan. Arwah sudah sedia ada dalam hati peminat saya dan dia,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya di antara ketiga-tiga bintang tersebut mana satu yang dirasakan paling sesuai berduet dengannya, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana memberitahu, Khai Bahar merupakan penyanyi lelaki paling sesuai.
“Rasanya yang betul-betul sesuai, ialah Khai. Dia boleh dan mampu nyanyikan semua lagu duet saya dan arwah. Malah tone dan lagu-lagunya yang mendayu-dayu tu sesuai dengan muzik saya juga,” kongsi Nana.
Terdahulu, pasangan duet Nana dan Allahyarham Achik dari kumpulan Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lebih sembilan tahun lalu.
Antara lagu duet yang sinonim dengan keduanya seperti Paling Comel, Gurauan Berkasih dan banyak lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana kini sedang giat berlatih vokal bagi bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 minggu hadapan bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Nisan Cinta.
Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syida yang baru saja menamatkan zaman bujangnya pada 19 Januari lalu, ada berkongsi beberapa keping foto sekitar hari bahagianya di Instagram.
Untuk rekod, Syida yang juga pendatang baru dalam industri seni mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Wanita Besi Malaysia, Allahyarhamah Datuk Wira Dr. Maznah Hamid, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.
Selepas berjaya mencipta fenomena pada musim pertama, drama adaptasi novel popular karya Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya kembali dengan musim kedua yang menjanjikan jalan cerita lebih sarat konflik dan emosi.