Dalam hidup ni tak semua benda yang kita buat orang akan suka, pasti ada sahaja yang akan menilai setiap apa yang dilakukan.

Lebih-lebih lagi bila bergelar selebriti, memang tak dapat lari dengan pendapat peribadi netizen yang kadang-kadang cara mereka bersuara boleh menyakitkan hati.

Pelakon, Datuk Dr Boy Iman juga tidak dapat lari daripada menerima kritikan dan kecaman netizen.

IKLAN

Baru-baru ini muzik video untuk single pertama Boy Iman yang bertajuk, Malas Nak Layan terlah dilancarkan di Youtube dan nampaknya ramai netizen memberi feedback yang kurang menyenangkan.

Walau bagaimanapun, Boy Iman tidak cepat melatah dan dia menerusi akaun Instagramnya berkata bahawa dia menerima segala kecaman yang dilemparkan kepadanya.

IKLAN

“Terima kasih kepada rakan2 media yg byk membantu saya dalam mempromosi lagu “single” saya “#malasnaklayan”.

 

“Ini dr @mediahiburanofficial.

 

“Selain dr itu oh media, siakap keli, roti kaya, utusan, sinar harian, kosmo, rtm dan media prima dan lain2 lg.

 

“Begitu juga pada “netizen” yg terbahagi kepada dua, supporters dan haters.

 

“Setiap kritikan, kecaman, kutukan, makian, pujian, sokongan dan apa sahaja saya terima dgn hati terbuka.

 

“Apa yg saya terjemahkan melalui percakapan & perbuatan didalam mtv ini tidak lain tidak bukan utk memberi reaksi kepada apa yg netizen cakap @ buat kepada diri saya dan apa yg saya rasa sepanjang saya dilanda “musibah”.

 

“Saya bersyukur apa yg Allah susun & atur utk hidup saya, baik & buruk saya terima & redha.
“Dia sebaik-baik perancang.

 

“Terima kasih jua kepada orang2 di jb yg sudi bergambar dengan saya apabila berjumpa.
“Ramai sgt.

 

“Tanpa anda semua siapalah saya sebagai selebriti,” tulis Boy Iman.

Bagi MH untuk berjaya di dunia ini bukan mudah dan pasti ada sahaja halangan serta dugaan yang menimpa jadi buat Boy Iman, anggap sahajalah kata-kata pedas dari netizen itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk anda terus berjaya di masa hadapan.

IKLAN

Sumber: Instagram Boy Iman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI