Penyayi, Aiman Tino, telah melakar sejarah dalam profil seni dengan bergaya namanya tercatat dalam Malaysia Books Records. Kejayaan tersebut diraih penyanyi berusia 19 tahun ini berikutan kejayaan single pertamanya, Ku Rela Dibenci yang telah meraih tontonan tertinggi di Youtube sebanyak 41.3 juta tontonan.

Kejayaan tersebut turut dikongsikan bersama kedua ibu bapa Aiman iaitu Yusri dan Riena yang juga merupakan pencipta lagu berkenaan.

Aiman yang kini popular menerusi lagu Permata Cinta, menerima sijil penghargaan tersebut dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Selasa.

IKLAN
 Ketika ditemui MH, Aiman memanjatkan rasa syukur terhadap penghargaan yang diberikan, memandangkan dia sendiri masih lagi boleh dikira baru sebagai anak seni.
“Alhamdulillah atas penghargaan yang diberikan. Sudah pastinya saya mahu dedikasikan kejayaan ini bersama keluarga dan peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Saya sendiri masih lagi baru. Jadi bila sudah dapat penghargaan yang sebegini, ia beri lebih semangat untuk saya buat yang lebih bagus pada masa depan, insya-Allah.

“Saya pun tidak menyangka lagu ciptaan ibu dan ayah ini meraih tontonan yang begitu tinggi di Youtube sehingga layak mendapat pengiktirafan di Malaysia Book of Records. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan yang baik buat kerjaya nyanyian saya untuk tahun 2018 ini,” ujar Aiman ketika ditemui sejurus majlis penghargaan berlangsung.

Selain penghargaan tersebut, para jemputan juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan lagu duet terkini Aiman bersama Fara Hazel berjudul Terasa Cinta.

IKLAN

Sehingga kini, MH mendapati jumlah tontonan lagu tersebut menerusi laman YouTube sudah pun meningkat kepada 43.07 juta tontonan. Memang ramai yang suka lagi ni kan? Kami pun suka tau… tahniah buat Aiman dan famili!

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=zqByJjSJkso

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI