Wow… tahniah MH ucapkan buat penyanyi, Shiha Zikir yang sudah boleh tersenyum manis apabila muzik video menerusi single terkininya, Jagakan Dia yang turut menampilkan aktor, Saharul Ridzwan sudah pun mencapai lebih sejuta kali tontonan selepas di muat naik sejak pertengahan Oktober lalu. Malah, menerusi laman Instagramnya, penyanyi yang mempunyai raut wajah persis Rossa ini turut merakamkan rasa terima kasih dan terharunya atas reaksi positif terhadap muzik video berkenaan.

Terdahulu, Shiha yang ditemui MH ketika pelancaran muzik video berkenaan di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur memberitahu, dia gigih untuk ‘perah’ emosi demi memastikan lakonannya di dalam muzik video tersebut kelihatan natural dan realistik.

“Memang sebelum ini saya pernah berlakon dalam muzik video sendiri. Namun kali ini agak berbeza kerana saya perlu ‘perah’ emosi untuk menyuntik elemen drama untuk lagu tersebut. Syukurlah, akhirnya kami dapat yang dimahukan. Meski penat, tapi berbaloi,” akui Shiha.

Ditanya mengapa mengambil hero drama Tauke Jamu sebagai pelakon utama di sampingnya, bintang D’Academy Asia itu tidak menolak akan bakat dan keberkesanan lakonan Saharul menjadi sebab utama dia memilih pelakon berkenaan.

IKLAN

“Kami ada beberapa nama. Bagaimanapun, saya lebih tertarik pada lakonan Saharul. Jadi, saya hubunginya sendiri menerusi Instagram dan Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Dia memberikan kerjayasama yang baik sepanjang penggambaran sekali gus memudahkan saya untuk mendapatkan chemistry.  Tapi jujurnya, tidaklah sukar bagi saya untuk menitiskan air mata kerana rasanya, individu periang ni ada ketikanya sensitif. Malah, ada krew yang hairan bagaimana saya boleh keluarkan air mata dengan mudah.

 

“Sebab itulah, kalau diberikan pilihan sama ada mahu berlakon watak garang atau air mata, rasanya saya akan pilih watak air matalah,”seloroh Shiha kepada MH.

Muzik Video Ditonton 1 Juta Kali, Shiha Zikir Ucap Terima Kasih

IKLAN

Sementara itu, Shiha juga berterima masih kerana beberapa pihak yang turut menyuntik dana bagi menghasilkan muzik video berdurasi lebih lima minit itu. Malah, dia sendiri turut berhabis demi menghasilkan satu muzik video yang mencapai standard yang dimahukan.

IKLAN

“Alhamdulillah, beberapa pihak termasuk pihak Airish London sendiri ada membantu di dalam menyiapkan muzik video ini. Rasanya bila boleh buat apa kita mahukan, barulah saya puas dan berbaloi dengan apa yang sudah dikeluarkan.

 

“Tambahan pula, saya kini sudah bergerak bersama syarikat pengurusan sendiri, SZ Entertaiment yang ditubuhkan sejak awal tahun lalu. Oleh itu, sudah tentulah kami mahukan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Semoga anda semua menyukainya,” akhiri Shiha yang kini turut sibuk menguruskan peniagaan kanta lekap miliknya menerusi dalam talian, Shiha Lens. 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI