“Muzik Video Bertaraf Antarabangsa,” – Peminat Puji Muzik Video Tok Ti Terbaru, Lain Dari Lain!

Share

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza telah pun melancarkan muzik video terbaharu berjudul Siapa Tak Mahu pada semalam nyata mendapat perhatian meluas warganet.

Kurang 24 jam selepas ia dimuat naik menerusi YouTube, muzik video arahan Ghazi Maslan ini telah pun ditonton lebih 350,000 kali.

Malah meninjau ke ruangan komen di platform YouTube, muzik video tersebut rata-ratanya mendapat respon baik peminat industri hiburan tanah air.

Rata-rata peminat memuji hasil kualiti muzik video yang bagus selain menyifatkan ia sesuatu yang berbeza dari penghibur berkenaan.

Muzik video tersebut turut menampilkan pelakon Mira Filzah dan bintang Kampung People, Hun Haqeem.

Video: YouTube Datuk Siti Nurhaliza

IKLAN