Pelakon dan model, Nadia Brian mengakui tahun 2018 merupakan tahun terbaik buat dirinya melangkah lebih jauh dalam seni, sekali gus membelakangkan hal-hal lain yang dianggap remeh.

Katanya kepada MH, jadual kerjanya terlalu padat sehingga ke penghujung tahun ini dan tiada masa untuk memikirkan soal cinta kerana lebih selesa memberi komitmen terhadap kerjaya.

“Sekarang saya hanya mahu fokus pada kerja. Tahun 2018 adalah tahun bekerja. Setakat ini masih belum sempat untuk rehat panjang memandangkan jadual seni sudah pun terisi sehingga Disember,”katanya jujur. 

Ditanya mengenai status dirinya sekarang, bintang filem Blok 404 itu memberitahu, pada fasa kini, dirinya masih solo setelah putus cinta beberapa bulan lalu.

IKLAN

“Mungkin Tak Sehaluan, Tapi Masih Berkawan,” – Nadia Brian Akui Sudah Beberapa Bulan Solo

“Sekarang saya single, tiada lelaki yang boleh dikatakan rapat ketika ini. Sudah beberapa bulan solo mungkin kerana sebelum ini tidak sehaluan, tapi kami masih lagi kawan. 

 

“Saya berkawan dengan semua orang, bukan kerana nama semata-mata baru nak berkawan,” akuinya yang turut teruja dengan penampilannya sebagai Intan menerusi filem seram berkenaan.

 

“Dulu saya hanya tonton versi asalnya menerusi VDC saja bersama sepupu. Malah ketika belajar pun pernah berangan mahu wujudkan satu kumpulan kawan dan pergi ke sebuah lokasi.

 

“Malah, pernah juga imaginasi kalaulah di masa depan versi VCD diangkat sebagai naskhah filem. Jadi bila menjadi sebahagian daripada ‘keluarga Blok 404’, sudah pasti ia suatu yang baik,” terang Nadia ketika ditemui di malam gala pratonton Blok 404 di Cineplax, Damansara. 

Ujarnya lagi kepada MH, watak Intan yang dibawa punya personalitinya sendiri dan beberapa adegan dilakukan menerusi trick kamera dalam menyampaikan mesej.

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Nadia Brian

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI