Malam semalam telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-29 atau nama ringkas yang menjadi sebutan, FFM29.

Salah seorang daripada barisan pengacara di anugerah berprestij ini adalah pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Sewaktu acara pembukaan anugerah ini semalam, Zizan telah tampil di atas pentas membuat persembahan pembukaan dengan mengenakan spek mata hitam dan telah menarik perhatian salah seorang selebriti, Afdlin Shauki yang menegur pemakaian spek mata hitam oleh Zizan itu.

Afdlin menegur etika sebagai pengacara tidak boleh mengenakan spek mata hitam ketika mengacara dan itu merupakan satu kesalahan besar. Teguran ini telah diluahkan oleh Afdlin menerusi akaun Instagramnya.

“FFM29 opening dari Zizan. Pengacara pakai spek hitam, maaf itu kesalahan besar bidang pengacaraan pasal pengacara tak boleh connect dgn audience!… mungkin pasal dia superstar dia boleh buat apa saja mungkin!,” tulis luahan dan tegurannya di ruang kapsyen.

Rata-rata pengikut Afdlin di Instagram juga turut bersetuju dengan teguran Afdlin itu.

IKLAN

norfaezahsaini: Setuju dgn @afdlinshaukiofficial .. How to connect with audience…? Mata kat mana pun tak tau….eh…haha..bebel plak aku

zairul_azmi: Sy setuju dgn teguran abg 2, pengacara event yg besar mcm 2 x blh pakai spek hitam n sama mcm majlis pkahwinan yg pengantin lelakinya jgk pakai spek hitam. Huh, maaf ckp cukup x berkenan..

colorsoflupine: Yup….no eye contact is a huge failure…..logik la ckit….bukannya bwh panas terik matahari…..

IKLAN

Walau bagaimanapun, ada juga yang turut tidak bersetuju dengan mengatakan Zizan hanya memakai spek mata hitam itu ketika membuat persembahan dan tidak memakainya sewaktu mengacara.

jonnieey: Itu opening performance je..lepas tu die dah bukak spek dah. Mungkin die pakai topi dan spek utk nak sesuai lagu yg dipersembahkan shj. Kecik punya hal lah…

mrcafe.moccha: Nak tegur2 la dgn bhikmah@afdlinshaukiofficial saya bkn pro zizan tapi kalau dia slh tegur la bagus2..mcm dia buat kslahan yg bolih kena buang negara pulak?? ayat last skali tu tajam btl “superstar bolih buat apa saja”

IKLAN

imansbrothers: Bkn ke dia sndri jadi hos SS pun pki spec hitam

siewwwlenggg: Superstar tak superstar la bang. Orang pilih pengacara pun bukan main sebat je. For some reason, zizan mungkin the best to be host. Lagi pun dia pakai shades masa perform opening. Tegur in public siap post that one person face are so unprofessional.

suraiyamilya: die da bukak spek ko x upload pic dia?

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Afdlin, memakai spek hitam itu adalah satu kesalahan dalam etika pengacaraan. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan ini mungkin teguran daripada seorang abang kepada adiknya.

Sumber: Instagram Afdlin Shauki

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI