Bakal tampil dengan single terbaharu, Datin Alyah mendedahkan lagu berkenaan bakal menampilkan berkolaborasi pertamanya dengan pendakwah bebas, PU Riz.
Berkonsepkan kerohanian, lagu berjudul Thank You Allah itu dijangka bakal dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.
Jelas Alyah, penampilan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail itu adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab di dalam lagu berkenaan.
“Saya tahu PU Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.
“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Memang kita panggil dia untuk monolog, apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh nyanyi dengan baik juga.
“Cuma tak boleh ‘explore’ banyak perkara mengenai dia sebab tahu dia sebagai PU saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” katanya.
Ads
Berkongsi dengan lebih lanjut, isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini menyifatkan pemilihan pendakwah bebas tersebut sebagai satu pilihan tepat, khasnya daripada segi suara yang berjaya disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dengan baik.
“Diakui nak dapatkan PU Riz memang susah. Cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’, susah. Kebanyakan ada di Indonesia. Di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.
“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab.
Ads
“Dalam erti kata lain, suara PU Riz ni sangat ‘limited’. Bukan cakap sebab nak trending, tapi sejujurnya kalau tanya saya lima tahun lepas dan lima tahun akan datang itulah jawapan saya.
“Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia.
“Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh ‘explore’. Dia ada karakter suara macam pelakon hebat lain. Cuma bezanya dia PU,” katanya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam perancangan untuk melakukan penggambaran muzik video bagi single berkenaan.
Terdahulu, satu video yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini menerusi Instagram menarik perhatian ramai apabila PU Riz dilihat mengisi masa bersama beberapa kenalan lain dengan berkunjung ke kediaman penyanyi tersebut baru-baru ini.
Malah Alyah menerusi kapsyen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Riz yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa minggu lalu.
Foto: Instagram Alyah, PU Riz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah posting yang dimuat naik oleh pelakon, Fadzil Zahari menerusi laman Instagram miliknya.
Foto yang telah disunting itu memaparkan Fadzil bersama isterinya yang juga merupakan pelakon, Yana Samsudin sedang berendam di dalam sebuah besen berisi air.
“Nak romantik di pantai takleh rentas negeri, rai sekadar mampu. Air haruman lavender bancuh sendiri,” tulisnya.
Lantaran itu, foto tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak malah ada juga yang mendakwa Fadzil seperti mahu mempersenda rakan artis, Nonny Nadhirah yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi gara-gara foto berendamnya di Instagram.
“Kesian Nonny maybe gambar dia tu semua superimpose je. Didoakan semoga dia tabah dengan ujian dan dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang individu.
“Benda tak lawak bro. Padam la,” ujar seorang pengguna Instagram.
“Kalau Nonny tengok mesti dia delete dia punya IG,” respon seorang individu.
Enggan perkara tersebut dibiar berpanjangan, Fadzil dilihat ada memberikan reaksi balasnya berhubung dakwaan tersebut di ruangan komen.
Jelasnya, foto tersebut bukanlah bertujuan untuk mengaibkan malah dia juga tidak menyebut nama mana-mana pihak.
“Salam Jumaat semua… Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesiapa pun dalam gambar ni.
“Takda nama sesiapa pun kat sini,” jelasnya lagi.
Respon tersebut nyata menerima reaksi pelbagai daripada netizen.
Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah sering kali menjadi perhatian selepas beberapa foto seksi yang melibatkan bekas bintang Akedemi Fantasia musim ke-5 ini tular di media sosial.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak berhubung isu perubahan drastik itu.
Malah, rakan-rakan artis juga turut menzahirkan rasa khuatir selain turut berharap agar Nonny berada dalam keadaan yang baik.
Sumber: Instagram Fadzil Zahari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini hamil empat bulan bersempena dengan keberkatan malam Nuzul Quran.
Berita gembira itu dimaklumkan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Penyanyi lagu Parah Parah itu berkata, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
“InsyaAllah, saya dijangka bersalin Oktober depan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini.
“Bukan tidak mahu dedahkan pada peringkat awalnya, tetapi saya dan suami sepakat untuk beritahu ketika usia kandungan memasuki bulan keempat.
“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah” katanya.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui berasa sangat bertuah kerana dikurniakan abang merangkap pengurus yang sangat bertanggungjawab menjaganya dalam segala hal.
Menurut Mawar, abangnya itu merupakan seorang yang sangat kuat bekerja bagi memastikan segala urusan hariannya berjalan dengan lancar.
Katanya lagi, dia juga tidak akan risau mengenai soal wang kerana menyifatkan abangnya merupakan seorang yang jujur.
“Bebey akan nangis kalau Mawar cakap thank you kat dia, Mawar akan cakap thank you sebab kerja keras untuk Mawar, bebey akan terharu sebab dia memang all out demi nak cari rezeki untuk kluarga bebey dan nak jaga yang terbaik untuk adik dia.
“Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila abang sendiri jadi Manager Mawar. Apapun, kita tahu dia takkan songlap duit. Bab-bab duit kita tak yah risau sebab dia memang jenis jujur.
“And yang best nya, kalau dia kerja, memang dia buat betul-betul. Mana nak cari manager hebat macam ni. A-Z dia tolong settlekan dengan bantuan @arfanrashid , contoh dia, mua adik ke, baju adik ke, dialog adik ke.
“Sometimes my hubby @rafyaakob pun akan team up with my brothers to plan my schedule. Because memang hectic sangat. Syukur sangat Mawar ada mereka ni. Boleh la Mawar buat kerja-kerja Mawar yang pelbagai ni, sambil ada time jugak untuk family. Alhamdulillah,” tulisnya.
Rasa terharu itu dikongsikan oleh finalis Dewi Remaja 2017/2018 itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Dikesempatan itu juga, Mawar turut dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan buat abangnya itu kerana telah banyak berkorban buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.
“Thank you brother! Hope you are happy! I just wanna say thank you so much to you sebab betul-betul buat yg terbaik untuk adik sampai kadang-kadang migrain, thank you jaga adik betul-betul, jaga emosi adik yang paling terbaik, thank you sanggup korbankan masa bersama your family hanya kerana nk jaga adik.
“Thank you jaga relationship dengan client bagus-bagus supaya dorang sentiasa ingat dan bagi job banyak-banyak kat adik.
“Nasib baik la you ni memang background dalam industry seni ni. Allah memang dah atur perfectly about everything. Alhamdulillah. Ok bye @eddydatorashid,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telah dua beradik tersebut selain turut mendoakan semoga Mawar akan terus sukses lagi selepas ini.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...