Setelah lebih setahun saling mengenali, Mya Matahari akhirnya mendedahkan lelaki paling rapat di dalam hidupnya ketika ini.

Hanya mahu menggelarkan jejaka tersebut sebagai Mr. H, Mya yang cukup sinonim menerusi lagu Matahari bagaimanapun menyerahkan kepada takdir apabila diajukan persoalan mengenai perkahwinan.

“Tidak berani untuk saya berikan butiran lanjut mengenai perancangan untuk ke fasa yang lebih serius kepada pada ketika ini, kami masih mengenali hati budi.

 

“Baru setahun lebih kenal. Alhamdulillah setakat ini kedua-dua belah keluarga sudah pun tahu mengenai hubungan kami. Doakan yang baik-baik sajalah,” katanya kepada MH.

Mulanya Enggan, Tetapi Akhirnya Mya Matahari Sporting Dedah Wajah Kekasih, Mr. H

IKLAN

Ditanya mengenai lelaki yang berjaya mencuri hatinya dengan lebih lanjut, Mya yang hadir bersama  sedondon menerusi persalinan serba biru di majlis rumah terbuka penyanyi, Haiza pada Ahad memberitahu, lelaki berkenaan lebih muda daripadanya selain  bekerja sendiri.

IKLAN

“Berapa jarak usia kami, biarlah rahsia. Sebenarnya bukan soal usia sebab yang penting ialah keserasian dan meski dia muda daripada saya, tapi pemikirannya matang. Setakat ini, saya selesa bersamanya,” dedah pemilik nama lengkap Meyanaliza Ruslee ini.

Pada masa sama menafikan keputusannya untuk mengenakan hijab lebih sebulan lalu adalah sebagai suatu signal dia bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

IKLAN

“Bukan gimik sebab nak kahwin atau sebab nak lancarkan lagu baru. Tetapi niat untuk mengenakan tudung sudah tersemat sejak bulan Ramadan lalu. Dipermudahkan dan pada peringkat awal, memang rasa asyik nak tutup kepala, sehinggalah akhirnya saya tekad untuk bertudung.

 

“Alhamdulillah, keluarga dan rakan pun sokong dan beri semangat buat saya untuk kekal sebegini, InsyaAllah,” katanya jujur kepada MH.

Terdahulu, penyanyi yang kini muncul menerusi single berjudul Perlu Ada Setia ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada Jun 2009, sebelum berpisah pada Ogos 2015.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155782863898435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI