Memuji sikap pembantu rumah yang sudah dianggap sebagai sebahagian dari keluarganya, usahawan Datin Seri Nur Shahida mengimbau detik perkenalan bersama pembantunya kira-kira lapan tahun lalu.
Kongsi Shahida, ketika itu, pembantunya atau lebih dikenali ‘Bibik Tudung’ tidak begitu arif menggunakan peralatan elektronik sebelum memulakan tugasan sebagai seorang pembantu rumah.
“Bibik tudung ni dah hampir 8 tahun kerja dengan saya…mula2 dia datang saya pun pening sebab x pandai baca x pandai tulis,x pandai buka lampu,x pandai masak nasi guna rice cooker….x pandai guna blender😅….first time bawa dia ikut ke klia hantar mak ayah saya pergi umrah balik dia pengsan sebab ketakutan…sambil pengsan sambil meracau saya lebih rela panjat bukit dia kata.
“Tapi solat dia x pernah tinggal…mengaji nya sedap sangat ‘Masya Allah walaupun x boleh baca Quran tapi dia boleh hafal banyak surah2 dari Quran’
“Tapi berkat sabar dia dan boleh terima ajaran saya banyak dah ilmu dia dapat…..dia jaga @baemadham_terlajaklaris sejak lahir sehingga lah anak saya yg bakal lahir ni.. bersilih ganti baby dia jaga….nama bibik tudung pun baem yg start panggil sampai sekarang melekat nama tu!!!,” kongsinya.
Malah, Shahida kagum dengan sikap pembantunya itu yang tabah dan sabar menjaga anak-anaknya.
Lebih menarik, pembantu wanita itu sudah pergi melancaong ke luar negara bersama keluarga Shahida bagi menggalas tanggungjawab untuk menjaga anak-anak.
IKLAN
“Banyak jasa dia pada saya tak terkira,kalau x kerana dia jaga anak saya mungkin saya susah nak keluar bekerja.
“Alhamdulillah 8 tahun ni merata2 dah dia ikut saya,ke Mekah,New Zealand, Australia, China,Thailand ikut saya bercuti. Selalu dia kata ‘syukur saya datin walaupun x bisa baca x bisa tulis tapi bisa pergi merata2 rezeki ikut kerja dengan datin’
“Insya Allah bulan 2 ni kita sekeluarga ke Mekah lagi ya @bibik.tudung buat umrah. Mudahan sihat kita semua sampai ke sana!!
IKLAN
“Yusoff pun manja dengan bibik tudung ni. Bangun pagi dia sibuk cari ‘bik dung’ dia.
“Kalau bibik balik nanti mesti saya sedih,nangis x tido malam. Sebab apa2 je masalah saya luahan hati saya dialah yg akan dengar,” akhirinya.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ada mengimbau kembali kenangan dalam meniti perjalanan sebagai seorang penyanyi.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun stesen televisyen satelit, Astro yang ke-25, Nana memberitahu Astro telah memberi peluang untuk dirinya kembali mengorak langkah dalam karier seni.
Difahamkan, penyanyi yang sinonim dengan lagu Cinta Hanya Sandaran ini pernah berehat seketika dalam karier seni nyanyian sebelum menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada tahun 2015.
Namun, atas semangat dan sokongan daripada keluarga membuatkan anak peneroka Felda ini kembali berjaya untuk menjadi seorang penyanyi yang dikenali ramai.
“Nana rasa tak percaya bila lagu nana keluar radio pertama kali.. masa tue umur 15 tahun..nana rehat lama dlm industri hiburan..namun @astromalaysia beri nana peluang untuk mewarnai kembali dunia seni tanah air..
“keluarga dan anak selalu di belakang nana masa nana jatuh dan naik..merekalah motivasi untuk nana bangkit semula!!
“Jangan pernah putus asa!! Kita kena kuat kita kena ada niat yg betul sebelum melakukan sesuatu ..dengan kenyakinan gadis kampung seperti nana pun boleh berjaya InsyaAllah,”
“Terima kasih kepada semua yg menyokong kareer nana selama ini
#KitaTeguhBersamaLayari bit.ly/25yearsBetterTogether Untuk lebih lanjut #Astro25years #BetterTogether,” tulisnya.
Bakal menyambut cahaya mata ketiga pada hujung Mei depan, Fizo Omar dan isterinya Fazeera Nazri Azrai mengakui teruja dan bersyukur dengan segala perkara baik dikurniakan.
Malah, pasangan ini bersama anak perempuan mereka, Wan Khaleeda turut diumumkan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz baru-baru ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Fizo menyifatkan ia sebagai rezeki anak.
Untuk rekod, selain Wan Khaleeda, Fizo juga mempunyai anak pertama, Wan Maryam hasil perkongsi perkahwinan pertamanya sebelum ini.
“Ini semua rezeki anak termasuk bayi yang sedang dikandung isteri saya kini. Isteri saya disahkan mengandung anak kedua ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Nama pun rezeki kami terima dengan lapang dada.
“Tapi saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat Wan Khaleeda masih kecil dan memerlukan perhatian,” kata Fizo.
Mengenai tawaran dan lantikan sebagai duta jenama itu, Fizo pada awal ragu-ragu untuk menerimanya.
“Takut juga terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula. Dipendekkan cerita pada suatu hari, kakak saya ada datang ke rumah.
“Kakak memang sudah ada anak. Saya pun terus buka cerita, dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan produk ini. Rupa-rupanya, kakak pun sudah lama menggunakannya sejak anak pertama lagi.
“Akuinya, ia memang bagus dan bebas bahan kimia. Tambah pula ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, buat apa nak ragu.
“Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda. Saya pun sudah jatuh hati dan akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur.
“Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari.” katanya lagi.
Mengenai jantina anak ketiganya yang juga perempuan, Fizo bersyukur dan pengumuman jantina anak ketiganya itu diumumkan secara eksklusif di majlis Mamz Crazy Rich Night di Hotel Zenith, Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.
Malah serentak dengan itu, pengasasnya yang juga pasangan suami isteri, Ahmad Zulkifli Saad dan Mahirah Mohd Fazil berbangga meraikan 150 usahawan pada malam itu yang berjaya membuat jualan tertinggi tahun lalu.
Antara hadiah yang diserahkan kepada kumpulan usahawan itu ialah kereta Toyota Alphard berwarna putih sebagai ganjaran utama kepada ‘top seller’, pakej umrah, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya.
Menurut, Ahmad Zulkifli, pemilihan Fizo dan kerabat keluarganya dilihat bertepatan dengan jenama produk keluarannya.
“Fizo dan isterinya sendiri dilihat begitu tebal dengan sifat keibubapaan. Mereka seperti ibu bapa lain mengutamakan kesihatan dan keselamatan anaksekali gus menyemai kasih sayang bersama.
“Kami optimis pemilihan mereka dapat mencanakkan lagi keberadaan jenama ini,” katanya.
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Mamz Legacy Sdn Bhd dan beribu pejabat di Bandar Baru Bangi ini mula berada di pasaran sejak tahun 2017.
Malah hingga kini, jenama itu sudah mempunyai lebih 10,000 ejen.
“Kami bangga melihat kebangkitan ejen yang menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup. Dari awal bertapak hingga awal tahun ini, sudah 10,000 rakyat yang rata-ratanya wanita berjaya membuat jualan atas talian di rumah saja.
“Kebanyakan daripada mereka berjaya mengubah status hidup dan meraih pendapatan tetap walaupun bergelar suri rumah. Pada acara berlangsung tempoh hari, Naemah Mohamad Mohd Fadzil menjadi top seller 2022 dan dihadiahkan Toyota Alphard.
“Tahun lalu saja dia berjaya membuat jualan lebih daripada RM4 Juta, mampu menyelia lebih 3000 pasukan ejen di bawahnya dan membuka sebuah cawangan Mamz di Butterworth, Pulau Pinang,” tambahnya lagi.
Dua produk yang laris ialah Mamz Oil dan Mamz Baby Cream.
“Mamz Oil berfungsi untuk merawat kahak dan selesema bayi, melegakan batuk dan merawat asma dan resdung.
“Sementara Mamz Baby Cream pula untuk mengelakkan ekzema, mencegah kembung perut, membantu anak tidur lebih lena, selain melembapkan kulit bayi,” katanya.
Mengenai sasaran tahun 2023, syarikat ini mensasarkan untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan membantu lebih ramai suri rumah menjadi usahawan atas talian dan seterusnya membantu menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing.
Latihan intensif bakal diberikan dan cara menjana jualan akan diajar sepenuhnya buat usahawan baru.
“Tak ketinggalan, tahun ini kami juga melancarkan lebih 40 billboard yang terpampang wajah Fizo, isteri dan anak sepanjang lebuh raya PLUS dan Federal Highway,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Tom pitam tiba-tiba ketika berada di kedai makan sejurus tamat konsert keempat Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), pagi Isnin.
Tom Ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan bersyukur ramai yang membantunya.
“Sebenarnya Tom sudah mula rasa tidak sedap badan ketika berada di sidang media selepas konsert berakhir tetapi tidak sangka sehingga pitam.
“Ketika di sidang media, Tom memberitahu pengurus Tom iaitu Abang Aalan yang Tom rasa tidak sihat dan dia cadangkan kami ke restoran untuk makan.
“Sedang elok duduk di kedai mamak, tiba-tiba pandangan Tom gelap, tahu-tahu sepupu Tom dan rakan-rakan sedang angkat dan membaringkan Tom di atas kerusi.
“Mereka kata Tom tiba-tiba rebah ke bawah meja tapi Tom tak ingat langsung. Syukurlah tak apa-apa. Ramai yang membantu ketika itu, ada yang memberi minyak angin, mengurut Tom dan sebagainya,” katanya.
Tom turut memberitahu, rakan peserta Bob yang kebetulan turut berada di lokasi sama ada membantunya juga.
“Malah Bob yang turut ada di restoran yang sama turut memberikan saya gula-gula kerana katanya mungkin gula saya rendah ketika itu.
“Tak tahu apa punca saya pitam, mungkin sebab terlalu penat. Mereka mencadangkan untuk ke hospital tapi Tom tak mahu kerana rasa sudah okey selepas muntah dan sekarang hanya berehat di rumah.
“Mungkin juga badan masuk angin sahaja, maklumlah lewat makan,” katanya lagi.
Terdahulu dalam saingan minggu lalu, Tom yang menyampaikan lagu Hanya Satu yang dipopularkan oleh Datuk Nora Ariffin berada antara tiga kedudukan terbawah.
Tambahnya, dia amat berterima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai yang berada di restoran tersebut yang bersungguh-sungguh membantunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan pempengaruh, Caprice akhirnya menemui persefahaman apabila ‘berdamai’ sekaligus tidak mahu memanjangkan kemelut yang berlaku di antara mereka.
Caprice menerusi...