“Muka Copy Paste Je Semua, Sama,” – Bakal Muat Naik Gambar Random Setiap Hari, Netizen Terpegun Lihat Wajah Cantik Adik Beradik Mira Filzah

Share

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memberi tahu kepada para pengikutnya bahawa mulai hari ini, dia akan memuat naik lima gambar secara ‘random’ mengenai dirinya setiap hari.

Sebagai permulaan, Mira telah pun memuat naik lima gambar swafoto bersama adik beradiknya.

“I’m gonna post 5 random images everyday, and tonight is ‘5 random siblings images in my phone’,” tulisnya.

Kompilasi foto tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #fiverandom.

Dalam pada itu, foto tersebut nyata telah menarik perhatian netizen yang terpegun melihat kecantikan adik-beradik kepada Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-32 itu.

Kurang 24 jam dimuat naik, foto berkenaan telah pun meraih lebih 200,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan kesemua adik-beradik Mira miliki kecantikan yang semula jadi.


Sumber: Instagram Mira Filzah

IKLAN