Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 54, mengesahkan dia dan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 53, telah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Ia sekaligus meleraikan spekulasi di kalangan warganet mengenai desas-desus itu, sebelum ini.
“Memang betullah gosip itu. Kami dah sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Punca perceraian, saya anggap kami sudah tiada jodoh saja,” katanya, lapor Harian Metro.
Bagaimanapunm, walaupun ikatan perkahwinan yang dibina sejak September 2022 berakhir, hubungan mereka masih kekal baik sebagai sahabat.
Berpisah Secara Baik &
Pada masa sama, Sufian turut memaklumkan bahawa mereka melalui proses perpisahan secara damai dan tidak menyimpan sebarang perasaan buruk antara satu sama lain.
Ads
“Bagaimanapun, hubungan antara kami masih lagi baik sebagai sahabat. Tapi, jodoh kami nampaknya sampai di sini saja dan saya positif menerima takdir yang sudah ditetapkan ini.
“Pada usia saya yang sudah tua ini, nak bermasam muka atau bergaduh pun buat apa? Bagi saya, memang jodoh kami sampai di sini saja,” katanya lagi.
Sebagai hambaNya, dia menerima ketentuan jodoh dengan reda walaupun tiada pasangan yang berkahwin mahu berakhir dengan penceraian.
Ads
Sedia Terus Bekerjasama Dalam Seni
Sufian turut menyatakan kesediaannya untuk terus bekerjasama secara profesional bersama Mas Idayu, khususnya dalam program-program terbitan TV3 selepas ini.
“Saya pun tetap bersedia untuk terus bekerjasama dengan dia dalam program dijalankan stesen TV. Kami pun berpisah secara baik.
“Setakat ini, hubungan antara kami pun masih tetap baik walaupun sekarang sudah bercerai. Saya akan terus beri sokongan pada kerjaya seninya, termasuk sebagai juri program,” katanya.
Ads
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2022, selepas kembali rapat pada tahun 2021 walaupun telah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada tahun 2008.
Mas Idayu pernah bertemu jodoh dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 namun bercerai pada 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.
Sementara itu, Sufian juga pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV, Intan Suraya, dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datuk Fizz Fairuz tidak menafikan akan cabaran di dalam membesarkan anak-anak dalam era moden ini sebagai bukan suatu tugas yang mudah.
Dengan perkembangan teknologi, anak-anak kini lebih terdedah kepada gajet dan internet sejak kecil, berbeza dengan zaman dahulu.
“Memang benar anak-anak zaman sekarang hidup berbeza dengan zaman saya dahulu. Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.
“Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada di rumah. Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur,” jelasnya.
Fizz pada masa sama turut menekankan kepentingan pendidikan awal dalam membentuk sahsiah dan jati diri kanak-kanak sebelum mereka membesar dan berdikari.
Baginya, ilmu dan pendidikan adalah bekalan utama buat anak-anak dalam menghadapi cabaran masa depan.
Teruja Dengan Kewujudan Tadika Tahfiz
Dalam pada itu, Fizz turut berkongsi keterujaannya apabila mengetahui kewujudan Tadika Tahfiz Negeri Pahang, sebuah pusat pendidikan yang memberi tumpuan kepada hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak prasekolah.
“Saya teruja sebenarnya bila dapat tahu ada sekolah tahfiz sudah dibuka yang memberikan tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah di Pahang.
“Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberikan tumpuan hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak.
“Rasanya ibu-bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka di kemudian hari,” katanya.
Sekadar informasi, Fizz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 2014.
Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata, iaitu Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; Nur Afrina Aisyah, 4; dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun menyambut ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Zabedah Saad baru-baru ini.
Diraikan bersama ahli keluarga lain dalam suasana yang cukup meriah, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi beberapa foto sekitar sambutan di Instagram miliknya.
Penyampai radio, Feeya Iskandar mengimbas memori saat melahirkan anak keduanya, Nuh Arryan.
Perkongsian menerusi Instagramnya itu, Feeya atau mesra dengan panggilan Cik Piyah membayangkan mengenai kesakitan saat melahirkan Arryan.
“Sbb mummy dh ngntok. Nk tunggu pkl 12 lmbt lagi .. so mummy nak wish happy birthday my gebu arryan yang ke 1 thn…
“Cpt btol masa berlalu..time2 begini mummy tgh tahan sakit nk tunggu awak keluar sama date dgn nenek awk.. tp awk keluar pkl 1 pagi daa 31 January 2018..
“Insyallah mummy akn cuba jd mummy terbaik utk anak2 mummy.. semoga membesar sihat, jd abak yg soleh ya..i love u soo much aryya,” tulisnya.
Dalam suasana penuh emosi ketika membuat persembahan, penyanyi tersohor Misha Omar tidak menyangka akan bertentang mata dengan figura muzik ikonik dari Seberang, Melly Goeslaw, yang hadir pada majlis pelancaran single terbarunya, Break, hari ini.