Pelakon dan personaliti media sosial, Wak Doyok berkongsi kisah mengenai kereta Mustang miliknya yang dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang peminat yang menaiki motosikal.
Menurut Wak atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, insiden tersebut berlaku ketika peminat tersebut dikatakan cuba mengejarnya untuk bergambar bersamanya.
Katanya lagi, meskipun terdapat sedikit kesan koyak pada pembalut keretanya, namun, dia reda kerana menganggap insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja.
“Gara-gara fans kejar nak bergambar dia. Dia tersodok bumper aku, koyak sikit. Tapi takpe sikit je ni.
“Ikhlas kan sahaja mungkin Allah ganti lebih baik dari ini,” tulisnya.
Ads
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Abang Long Fadil 2 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Wak turut menambah, dia sedikit pun tidak mengambil hati diatas insiden yang berlaku itu sebaliknya dia mahu menghargai segala usaha para peminat yang selama ini telah menyokongnya tanpa rasa jemu
Dalam pada itu, Wak turut memaklumkan diavjuga telah menanggung segala kos kerosakan yang berlaku pada motosikal peminat tersebut
Ads
“Hargailah fans kalau tak ada fans mungkin aku tak capai tahap ini.
“Moto fans tu muggud dia patah aku dah ganti yang baru,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan tersebut selain turut mendoakan agar Wak akan terus sukses lagi selepas ini.
“Wak memang mantul steady, hargai fans. Insyallah akan digantikan rezeki lebih baik pada masa akan datang.
“Terbaik wak. Ini semua dunia. Jangan berkira sangat. Semoga diganti dengan yang lebih baik.
“Takapa lah Wak, InshaAllah ada hikmah di sebalik tu.
Sehingga kini, video berdurasi hampir 40 saat itu telah pun meraih lebih 70,000 jumlah tontonan dan hampir 11,000 tanda suka.
Sumber: Instagram Wak Doyok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kakak sulung Kim Kardashian ini nampaknya sudah membuka hatinya untuk menerima lelaki baharu sebagai pelengkap hidup. Kourtney, 42, telah disahkan bertunang dengan pemain dram kumpulan Blink-182, Travis Barker, 45, pada Ahad lalu.
Bintang realiti TV itu memuat naik gambar di laman Instagramnya bersama kapsyen “Forever”. Dapat dilihat pasangan itu saling berpelukan dalam suasana penuh romantis di kelilingi karangan bunga ros merah dan lilin di tepi pantai sebuah resort yang terletak di Montecito, California.
Pasangan yang mula menyatakan kepada umum secara rasmi mereka sebagai pasangan kekasih pada Februari tahun ini sebenarnya banyak dihubungkan oleh anak mereka.
Tinggal di kawasan perumahan yang sama, anak-anak mereka menjadi sahabat yang rapat dan selalu bertemu, sekaligus menghubungkan mereka berdua sebagai ibu bapa.
Kourtney sebelum ini pernah berkongsi hidup bersama Scott Disick dan memiliki tiga orang anak manakala Travis Barker pula memiliki dua cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya, Shana Moakler.
Dalam laporan E! News, lamaran Travis kepada Kourtney berlaku kira-kira jam 6.30 petang sambil disaksikan Khloe Kardashian dan Tristan Thompson. Kim Kardashian pula menyatakan kegembiraannya terhadap pertunangan kakaknya itu di laman Twitter dengan ciapan, “KRAVIS FOREVER” dan disertakan dengan emoji sebentuk cincin.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula pada 11 Oktober lalu disambut penuh gembira oleh rakyat Malaysia. Masing-masing teruja, apatah lagi buat mereka yang sudah lebih setahun tidak berjumpa ibu bapa dan keluarga tercinta.
Kebenaran itu juga selepas kadar vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan golongan dewasa sudah mencapai 90 peratus. Ia sekaligus membuktikan bagaimana tahap kesedaran yang tinggi masyarakat terhadap suntikan vaksin.
Bertepatan dengan kempen kerajaan juga, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia melancarkan lagu Vaksin Rindu sebagai usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin boleh berbuat sedemikian.
Selain itu, lagu ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita.
Lagu ciptaan AkhMas dan Yasin Sulaiman dan lirik oleh Yasin Sulaiman, Suhaimi dan Ghazali itu dinyanyikan oleh Yasin Sulaiman.
Yasin berkata, dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu Vaksin Rindu selain tertarik dengan lirik dan tema yang dibawa lagu berkenaan.
“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini.
“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vaksin Rindu ini. Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap suntikan vaksin di kala virus Covid-19 masih melanda negara,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.
“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja. Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya.
“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,” katanya.
Ditanya mengenai kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin, Yasin berkata perkara itu adalah pendirian dan hak masing-masing.
“Di sekeliling saya ramai tak ambil vaksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vaksin. Ikut kepercayaan masing-masing.
“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.
“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vaksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti vaksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin.
“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.
“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Anti vaksin bukanlah ancaman buat kita. Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia berharap lagu Vaksin Rindu yang diterbitkan mereka dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia selepas hampir dua tahun bergelut dengan situasi pandemik Covid-19.
Lagu Vaksin Rindu ini juga bertepatan dengan NGO ini yang mana mereka adalah persatuan yang aktif dan giat memberi sumbangan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
“Diharapkan lagu dapat menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita. Untuk sama-sama membantu dan memberi sumbangan boleh ke arifnasional.com atau dapatkan merchandise di vaksinrindu.com ,” katanya.
Lagu Vaksin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi esok, 21 Oktober 2021.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru seminggu rapper, Yonnyboii dan personaliti media sosial, Nik Nazira mengikat tali pertunangan, timbul pula desas-desus mendakwa bintang tersebut dikatakan telah merampas kekasih kepada penyampai radio, Imran Aqil.
Menerusi satu temu bual berama Melodi, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan mengenai khabar angin tersebut.
Menurut Yonnyboii, dia menafikan segala dakwaan tersebut dan menyifatkan perhubungan mereka telah terjalin selepas Nazira dan Imran berpisah.
“Tiada istilah merampas pun sebenarnya. Kami mula-mula memang berkawan je tapi perhubungan itu telah terjadi. Jadi, kami pun tak tahu nak explain macam mana. Rampas atau tidak, perkara itu dah terjadi. Cuma kami go with the flow.
“Saya tahu mereka masih berkawan. Saya ada bersama dia sewaktu dia sedih. Saya kawan baik dia. Jadi segala cerita yang dia tak puas hati, dia ceritakan kepada saya.
“Dia rasa susah hati nak cerita dekat pihak di sana. Dia pun banyak dengar masalah-masalah saya yang sebelum ni.
“Kalau boleh, tengoklah balik silap sendiri. Ada sebab dia pergi janganlah menyalahkan Nik Nazira sahaja. Kesian dia,” katanya.
Menerusi temubual yang disiarkan pada Ahad, pihak Melodi juga telah berjaya mendapatkan reaksi daripada Nik Nazira berhubung dakwaan tersebut.
Jelas Nazira, hubungannya bersama Imran telah pun berakhir dan Yonnyboii merupakan antara individu yang sentiasa memberikan semangat kepadanya saat dia berasa sedih.
“Yonny tak rampas. Malah, dia lagi banyak nasihatkan saya untuk bersabar. Minta saya beri lagi peluang kepada pihak di sana kerana hubungan itu dah lama hancur meski sebelum kami putus. Dia tipu, dia curang.
“Kita yang perempuan ni pun dah tawar hati. Bila dah tersakiti sangat, kita pandang dia pun jadi sakit. Saya pergi ni pun sebab diri dia juga. Jangan salahkan orang lain,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Nazira juga turut menafikan sekeras-kerasnya suara-suara nakal yang mendakwa dia memilih Yonnyboii disebabkan populariti yang dimiliki bintang tersebut.
“Terkenal atau tidak itu bukan satu masalah. Sebab pada akhirnya nanti, bukan populariti itu yang jaga saya. Popular macam mana sekali pun, kalau dia tak boleh jaga saya, merana juga.
“Saya pilih dia sebab Yonny ada kritiria yang ‘dia’ takkan pernah ada. Orang tak boleh cakap, hanya kerana dia nampak baik di alam maya, tak bermakna dia baik di alam nyata. Saya kenal dua dua pihak. Saya tahu nak menilai mana baik dan buruk.
“Takkan la kita nak memperjudikan diri sendiri hanya kerana seseorang itu popular sahaja. Nanti pasangan sendiri tak terjaga kerana sibuk nak jaga populariti.
“Soal jodoh ni Allah dah tentukan. Kalau Dia dah merancang sebegitu, siapa saya nak menolak,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Yonnyboii dan Nazira telah pun selamat mengikat tali pertunangan mereka pada tanggal 9 Oktober lalu.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...