
Anak sulung kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Mohamed Danish Hakim, telah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Linda pada 28 Mac lalu.
Meskipun merasakan usia Danish masih muda, Abby tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka apabila anaknya berhasrat untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan.

“Sempat meraikan hari lahir Danish Hakim yang ke-23 tahun. Muda lagi anak ini. Bila ingin melangkah ke fasa seterusnya, kami Ibu bapa menerima dengan hati terbuka.
“Anak-anak sekarang bukan boleh dilarang. Cuma boleh dinasihat dan terus bagi peringatan,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Elite itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Dalam masa sama, Abby turut berharap agar Danish dapat memikul amanah dengan baik serta berusaha menjadi lelaki yang bertanggungjawab.

“Hidup ini amanah dan tanggungjawab yang Allah amanahkan dan tak semudah yang disangkakan.
“Nak jaga diri pun panjang perjuangannya, apatah lagi bila melibatkan orang lain untuk bersama dalam kehidupan.
“Saling bertolak ansur ya anak-anak. Jaga Allah, Allah akan jaga kita,” kongsinya.
Reaksi Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain mendoakan agar segala urusan Danish menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Wah, tahniah! Semoga dipermudahkan urusannya untuk halalkan hubungannya dan semoga kekal hingga ke jannah. Apapun, bakal menantu cantik.”
“Ya Tuhanku, sudah bertunang budak Danish tu. Nampak sangat auntie sudah tua. Dulu tengok dalam majalah kecil lagi budaknya. Tahniah Abby.”
“Tahniah! Alhamdulillah, tercapai impian nak ada majlis untuk anak. Kebahagiaan seorang ibu. Moga dipermudahkan urusan seterusnya. Cantik bakal menantu.”
“Tahniah Kak Abby bakal terima menantu. Cantik sangat. Semoga dipermudahkan segala urusan.”
Sementara itu, Danish turut meluahkan rasa teruja apabila hasratnya untuk bertunang dengan pilihan hati akhirnya menjadi kenyataan.

“Ramai yang nak dekat dia tapi seorang sahaja yang berani masuk line,” tulisnya.
Menerusi hantaran di Threads juga, Abby dan Danish berkongsi momen-momen indah sepanjang majlis pertunangan tersebut berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Threads & Instagram Abby Abadi, Danish Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!





