Lama tak lihat perkembangan pelakon, Faye Kusairi maka MH pun jengahlah sebentar ke laman Instagram miliknya.

Muat Naik Mesej ‘Berdamai’ Faye Kusairi Tujukan Kepada Siapa Tu?

Apa yang menarik perhatian MH apabila Faye memuat naik foto berserta kapsyen berkaitan dengan ‘berdamai’. Mungkinkah Faye ingin berdamai dengan seseorang?

IKLAN

“Bismillahirrahmanirrahim. Pernah tak korang rasa risau kalau orang pertikaikan keikhlasan kita, ataupun niat kita? Mestilah pernah kan

“Takpa, yang penting, janganlah kita lari dari landasan yg betul. Maknanya, teguhkan pendirian bila melakukan sesuatu perkara.

“Tapi pastikanlah perkara tu membawa ke arah kebaikan. Sudah menjadi kebiasaan kalau orang lain hanya nampak keburukan kita. Yelah, kita ni manusia.

“Cepat sangat menghukum…tapi ingat, jangan sampai memfitnah. Itu salah disisi agama mahupun akhlak. Anyway, harini perkongsian Faye tentang berdamai. Tiada yang lagi harmoni bila kita berdamai. Betul tak?

“Tak kesahlah dengan orang ke, masa lampau ke, kita sendiri ke, berdamailah. Kalau omputeh kata, “closure”. Senang je bunyinya kan? berdamai je lah, kan senang? Hmmm… tapi realitinya, amatlah sukar utk dilakukan.

“I think the key to this is just simply jangan sematkan hati dgn perkara yg negatif. Kalau nak berdamai dgn apa2 atau sesiapa skalipun, kenalah ajar hati untuk tidak berdendam.

“Menghukum adalah kerja ALLAH SWT. Hanya Dia berhak keatas balasan dosa ataupun ganjaran pahala setiap manusia.

“Doa-doakanlah kedamaian kita semua agar kita boleh hidup lebih harmoni dan dirahmati. InshaAllah. Sis cuba! Selamat berpuasa!” tulisnya.

Muat Naik Mesej ‘Berdamai’ Faye Kusairi Tujukan Kepada Siapa Tu?

IKLAN

Bait-bait kata itu seolah-olah mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Mungkin ditujukan buat seseorang tapi, apa-apapun MH bersetuju dengan perkongsian Faye itu.

IKLAN

Bulan baik dan penuh berkat ini, apa kata kita perbanyakkan ibadah dan kurangkan perkara negatif.

Sumber: IG Faye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI