Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim memberi peringatan ‘keras’ kepada suaminya itu agar tidak ada sebarang penambahan ahli keluarga.
Kongsi Sheila, dedikasi tersebut ditujukan bersempena ulang tahun kelahiran Lan atau nama penuhnya Mohd Razlan Mohamed Yusof yang ke-34 tahun.
“Hepi besday love Walaupon arini besday u.. Keje tetap keje k. Pi nyanyi dulu.. Satgi balik bwk i pi beli henbeg na.
“Umo 34 dah.. Cukup la ye 4 org je.. . Klo nk lagi, kita tambah anak kucing je k.. Jgn tambah anak tekak lain lagi pulak.
“Zakat skrg mahal.. Elok2 byr 6 kepala.. Klo tambah kepala lain nanti susah. Jadi cukup la i je dan 4 anak.
“Bukan apa, i risau u x mampu handle.. Jd, jgn la berani2 nk tambahan2 yg x sepatutnya. Sekian pesanan khidmat amaran dr i. Hepi besday again,” tulisnya.
Lalu, pelbagai komen yang ditinggalkan netizen terhadap posting berkenaan.
Untuk rekod, Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 7, Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 1 tahun 4 bulan.
Penyanyi terkenal era 70-an dan 80-an, biduan Halil Chik meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sekitar jam 7.00 pagi ini di Hospital Ampang.
Menurut rakan baik Allahyarham, Datuk Tommie Tumiran yang mengesahkan perkara itu, jenazah berkemungkinan akan dikebumikan selepas solat Asar.
“Saya terpaksa menangguhkan sebentar pengebumian, kerana menunggu adik-beradik arwah yang sedang bertolak daripada Singapura, tetapi jika mereka sempat sampai awal, kami akan melaksanakannya segera,” katanya.
Sementara itu, rakan selebriti turut merakamkan salah takziah dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya