Pelakon, Zara Zya muat naik foto bersama kekasihnya, Hafreez Adam semalam.

Dalam foto tersebut, kelihatan Hafreez dan Zara membuat muka ‘buruk’ mereka.

View this post on Instagram

?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Susulan itu, kelihatan ramai peminat mereka menarik nafas lega menyangkakan bahawa kemelut yang melanda pasangan itu sudah pun pulih.

IKLAN

Muat Naik Foto Bersama, Zara Zya & Hafreez Adam Dah Berbaik?

Bagaimanapun, Hafreez juga turut meninggalkan komen mengatakan dia akan membalas ‘foto’ Zara itu di laman Instagramnya.

IKLAN

“Main kasaq na. Its okay. Tunggu saya upload muka awak sekejap lagi,” tulisnya.

Muat Naik Foto Bersama, Zara Zya & Hafreez Adam Dah Berbaik?

IKLAN

Pelakon drama Monalisa itu kemudian memuat naik video dia mengganggu Zara sehingga aktres itu melatah di laman IG storynya.

Alahai, comel betul lah mereka ni. Baguslah hubungan mereka sudah pulih kan? Pada MH, biasalah waktu bercinta memang ada pasang surutnya kan? Apa-apapun, semoga hubungan mereka ini berakhir dengan perkahwinan. Amin.

Foto/Instagram: Zara Zya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI