Pelakon, Adam Corrie memohon orang ramai untuk tidak memberikan tekanan berlebihan terhadap teman wanita pelakon Ben Amir iaitu Maiya, yang baru sahaja memeluk agama Islam.
Menurut Adam, sebagai mualaf, dia juga pernah melalui pengalaman sama apabila masyarakat dilihat lebih cenderung mengkritik setiap tindakan saudara baharu, berbanding memberikan bimbingan dan sokongan.
“Awal-awal saya masuk Islam dulu, beginilah tekanannya. Ramai lebih suka mengkritik dari membimbing.
“Padahal mualaf sedang bertatih, sedang mencari kekuatan,” tulisnya.
Kerisauan tersebut dikongsikan pelakon filem KL Gangster itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Ads
Beri Masa & Contoh Yang Baik
Dalam masa sama, Adam turut menyeru netizen untuk terus memberikan dorongan kepada para mualaf agar dapat memperkukuhkan pemahaman mengenai Islam tanpa tekanan yang menakutkan.
“Kalau benar kita sayang agama, kita sepatutnya memudahkan bukan menakutkan.
Ads
“Beri ruang, beri masa, beri contoh yang baik.
Hidayah itu milik Allah, bukan milik manusia yang menilai,” ujarnya.
Baru-baru ini, Maiya yang dipercayai merupakan kekasih kepada Ben Amir, meluahkan rasa terkilan selepas didakwa diserang netizen di media sosial berhubung penampilannya yang tidak menutup aurat.
Ads
Menerusi hantaran di media sosial, Maiya atau nama Islamnya, Liana Alana menjelaskan netizen mula mengharapkan dirinya menjadi Muslimah sejati walaupun baru sahaja bergelar mualaf.
Untuk rekod, pada 10 November lalu, Liana ditemani Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur bagi melafazkan dua kalimah syahadah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Thread & Instagram Adam Corie & Maiya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada penyanyi Shila Amzah, iaitu Fauziah Sarman berkongsi kisah manis awal perkenalannya bersama suami baharunya, Brigedier General Tuan Zainal Abidin Muhammad Saleh.
Menurut Fauziah, mereka dipertemukan oleh pelakon Serina Ridzuan pada Jun lalu sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga hanya selepas sebulan berkenalan.
“Serina yang memperkenalkan dan mengatur pertemuan kami dari awal. Kami mula berkenalan pada bulan Jun yang lalu. Selepas sebulan perkenalan, dia terus ajak saya kahwin,” katanya kepada MH.
Fauziah ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media album terbaharu Shila Amzah berjudul ‘SA25’ yang di Damansara Performing Art Center (DPAC), Petaling Jaya pada Selasa.
Ditanya bagaimana hatinya terbuka untuk menerima Zainal, Fauziah memaklumkan dia merasakan lelaki itu hadir pada waktu yang tepat untuk mengisi kekosongan hatinya.
“Ketika itu, hati kami masing-masing masih lagi kosong. Sebelum ini, saya memang tak terfikir untuk berkahwin lagi. Namun, bila pertama kali saya berjumpa bakal suami, saya dapat rasakan dia orang yang tepat.
“Daripada tak nak, terus tersuka pula. Yang membuatkan saya tertarik adalah pada senyumannya. Kedua, dia suka buat pick up line.
“Memang ada yang mengaturkan pertemuan saya dengan orang lain tapi hati susah nak terima. Namun, dengan bakal suami ini, perasaannya agak berbeza. Selepas berjumpa, rasa nak jumpa lagi,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Zainal meluahkan rasa syukur kerana kehadiran Fauziah diterima baik oleh anak-anaknya.
“Sehingga hari ini, masih susah untuk saya gambarkan perasaan itu. Mungkin segalanya telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Segalanya berjalan lancar. Lagipun, saya hidup sendiri sudah hampir lapan tahun.
“Dahulu, saya hanya fokus menjaga anak. Kini mereka sudah besar dan boleh menerima orang baharu. Bila saya bawa Fauziah berjumpa anak-anak, mereka sangat serasi.
“Perkahwinan ini bukan untuk kebahagiaan kami berdua sahaja. Kami nak keluarga juga bahagia. Malah, adik beradik saya pun lebih suka pada Fauziah berbanding saya,” katanya.
Sementara itu, Fauziah menegaskan keputusannya untuk berkahwin bukanlah tindakan terburu-buru, sebaliknya peluang untuk saling mengenali.
“Kalau nak kenal seseorang, selama mana kita hidup bersama pun, belum tentu kita dapat betul-betul kenal orang itu.
“Siapa sebenarnya di sebalik diri mereka? Biarlah kita sama-sama menerima kebaikan dan kekurangan masing-masing. Untuk melayari rumah tangga, itulah kuncinya,” akhirinya.
Terdahulu, pasangan ini selamat melangsungkan majlis pernikahan pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon ND Lala pada tahun 1989 sebelum bercerai selepas 34 tahun bersama.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tempoh 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.
Menerusi kenyataan media, Azmir menjelaskan keutamaan kini tertumpu kepada pelaksanaan pindaan Akta Finas 1981 (Akta 244) sebagai misi utama penggal kedua beliau dalam menerajui agensi itu.
Langkah ini bertujuan memperkemas perundangan dan tadbir urus industri perfileman bagi melindungi kebajikan kru produksi, memodenkan pelesenan serta menyokong model pekerjaan kreatif kontemporari.
Azmir mula memegang jawatan sebagai CEO Finas pada 1 November 2023.
“Fokus kedua ialah Pelaksanaan Dasar Perfileman Negara (DFN) 2025 hingga 2035 yang menetapkan pelan pembangunan 10 tahun membabitkan Malaysia sebagai Hab Industri Kreatif ASEAN termasuk Pemerkasaan IP Monetization dan pasaran eksport.
“Tidak ketinggalan, pembangunan produser dan ‘showrunner’ tempatan, kerjasama filem ‘financing’ usaha sama penerbitan antarabangsa, penyelarasan naratif kebangsaan yang progresif dan kerjasama strategik industri pendidikan,” katanya.
Dalam pada itu, Azmir turut memaklumkan, Insentif Galakan Industri Filem Bernilai RM110 juta diperuntukkan bagi menggalakkan penerbit tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.
“Daripada jumlah itu, RM10 juta dikhususkan bagi kandungan berteraskan semangat kenegaraan, bagi memperkukuh jati diri dan identiti nasional melalui medium kreatif.
“Fokus keempat pula adalah Dana Belia Kreatif MADANI yang bertujuan melahirkan generasi pencipta kandungan berilmu, bertanggungjawab dan berjiwa patriotik termasuk sokongan pembangunan bakat kampus dan belia komuniti di seluruh negara,” katanya.
Tambahnya lagi, landskap industri perfileman Malaysia kini berada dalam keadaan stabil dengan potensi pertumbuhan jangka panjang apabila ekosistem pawagam kembali pulih.
“Platform OTT antarabangsa seperti iQiyi, Viu, Astro dan Netflix terus melabur dalam drama bersiri tempatan dan memanfaatkan insentif FIMI.
“Pada masa sama, siri seperti Bidaah, One Cent Thief dan Nenek Si Bongkok Tiga membuktikan pasaran kandungan Malaysia relevan di peringkat global,” ujarnya.
Dalam kenyataan sama, Azmir menzahirkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac serta Ahli Perbadanan Finas atas kepercayaan yang diberikan.
“Ini adalah wajah baharu Finas. Melalui pindaan Akta Finas 1981 dan penambahbaikan DFN, Finas akan memberi perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan mesra industri.
“Kami akan memperkukuh fasiliti teknologi di Hulu Klang sebagai pusat kecemerlangan produksi serta memperluas program infrastruktur kandungan di Sabah dan Sarawak bagi membangunkan Borneo Content sebagai jenama strategik Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Finas komited untuk merakyatkan dan meletakkan industri filem Malaysia sebagai industri yang dinamik, mampan, inklusif dan diiktiraf di persada global. Industri filem ini juga mencerminkan identiti pelbagai bangsa serta menyumbang kepada perpaduan dan ekonomi negara,” katanya.
Sejak memulakan tugas sebagai CEO pada 2023, antara pencapaian utama Azmir termasuk memastikan kelangsungan operasi pawagam dan rantaian perniagaan produksi melalui ‘engagement’ berstruktur bersama penggiat industri dan pengendali panggung, khususnya dalam usaha pemulihan ekosistem pasca pandemik.
Filem tempatan juga menunjukkan pertumbuhan kukuh apabila kutipan filem tempatan mencatat kira-kira RM180 juta (sehingga Oktober lalu) berbanding RM170 juta sepanjang tahun sebelumnya, sekali gus menyaksikan naskhah Malaysia mengatasi filem Hollywood di pasaran tempatan tiga tahun berturut-turut.
Kejayaan menerusi Skim Wajib Tayang serta rundingan penerbit dan operator panggung wayang terus meningkatkan kepercayaan penonton terhadap karya tempatan.
Filem produksi tempatan turut menyerlah di arena antarabangsa apabila karya seperti Abang Adik, Tiger Stripes, Raintown serta Imam menembusi pelbagai festival filem luar negara, meletakkan Malaysia sebagai sumber sinema berkualiti yang sedang berkembang.
Kemuncak Filem dan Televisyen ASEAN 2025 baru-baru ini turut menyaksikan termeterainya deklarasi komitmen kolektif generasi baharu rantau ini terhadap integriti kreatif, keterangkuman budaya dan kepelbagaian naratif sinema Asia Tenggara.
Deklarasi tersebut mengangkat Malaysia sebagai pengerak kepimpinan budaya serantau, selari dengan aspirasi negara untuk menjadi hab pertumbuhan industri kreatif ASEAN.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Kamal Adli mengakui dirinya kini tidak mempunyai tempat untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.
Disebabkan itu, dia lebih selesa memendam perasaannya sendiri.
Menurut Kamal, ketika ini dia banyak bercerita dan meluahkan perasaan hanya kepada Allah SWT.
“Saya memang tiada orang nak mengadu atau bercerita tentang masalah. Ketika ini, saya hanya bercerita kepada Allah sahaja. Saya bukan nak buat cerita best tapi itulah hakikatnya.
“Itulah yang mak ayah saya ajar selama ini. Sebab itu juga saya memilih untuk diam dan tidak membuka aib sesiapa.
“Saya berharap kepada orang di luar sana untuk mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya kepada MH.
Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media drama Bahagia Yang Tertangguh, baru-baru ini.
Katanya lagi, meskipun emosinya agak terganggu, dia tetap berusaha kekal profesional dan memberikan fokus sepenuhnya ketika bekerja.
“Sudah tentu ia sedikit sebanyak mengganggu emosi saya ketika bekerja. Namun, saya tak boleh nak tersekat di situ sahaja. Nanti, ia akan mengganggu pekerjaan saya. Lagipun, saya bekerja dengan ramai orang.
“Saya cuma berharap agar kalian dapat mendoakan yang terbaik buat saya sekeluarga. Saya bukan nak minta simpati daripada orang ramai.
“Saya nak hidup gembira. Begitu juga dengan anak dan isteri saya,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia masih berhubung dengan anak dan isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose, Kamal memaklumkan komunikasi antara mereka masih perlu menggunakan khidmat peguam.
“Komunikasi di antara kami masih sama seperti sebelum ini. Kami masih perlu menggunakan perantara. Tak mengapalah, mungkin merajuk perempuan ini agak lama.
“Proses nak jumpa anak pun agak sukar sedikit ketika ini. Segalanya perlu melalui proses yang telah ditetapkan. Saya pun sebenarnya tak tahu sangat tentang proses perundangan ini.
“Namun, saya ikut sahaja segala apa yang telah ditetapkan. Apapun, saya gembira melihat Uqasha sedang sibuk bekerja dan menjaga Hawra,” akhirinya.
Terdahulu krisis rumah tangga Kamal dan Uqasha sampai ke kemuncak apabila Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia 19 bulan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya mencipta fenomena menerusi watak Datuk Muzaffar dalam drama Dendam Seorang Mentua, pelakon dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan dirinya menerima pelbagai komen nakal serta usikan daripada peminat di media sosial.