
Peserta program realiti Big Stage Rocketfuel, Hussain menzahirkan penghargaan kepada pereka fesyen, Emran Rijal selepas diberi peluang untuk menjadi antara model yang memperagakan koleksi Emri Vision pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW 2026).
Menerusi satu hantaran di Threads, Hussain meluahkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan, selain menghargai layanan sepanjang berada di acara fesyen berprestij itu.
“Terima kasih Abang Emran, Kak Tyra dan seluruh team EMRI atas jemputan ke Kuala Lumpur Fashion Week. Saya sangat menghargai layanan dan pengalaman yang diberikan.
“Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan atau kekhilafan daripada pihak saya sepanjang berada di sana. Semoga kita berjumpa lagi di lain kesempatan. Emri Vision on top,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengasas EMRI, Emran Rijal serta isterinya, Tyra Kamaruzzaman yang sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap Hussain.
“Tak ada kekurangan la. Hussain sudah macam adik kita dah. Macam Abang Em selalu cakap, kalau apa apa, kita selalu ada untuk awak dan keluarga.
“Terima kasih kerana bersetuju. We will always be one of your big supporters, buckle up!!!,” kongsinya.
Dalam pada itu, Emran turut meluahkan rasa bangga melihat Hussain berjaya menggalas tanggungjawab sebagai model dengan begitu profesional ketika memperagakan koleksinya.
“Selama 8 tahun dalam industri fashion abang tak pernah lagi nampak model yang boleh walk as natural as Hussain.
“Abang bangga dengan Hussain! Now, lets get back to work for this weekend. Cindai yang manaaaa,” tambahnya lagi.
Baru-baru ini, Hussain tampil sebagai salah seorang model yang memperagakan koleksi Emran Rijal pada acara KLFW 2026, sekali gus mencuri perhatian ramai menerusi aksi catwalk yang penuh yakin.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.