Pelakon dan hos, Irma Hasmie mengharapkan yang baik-baik buat dirinya dan anak-anak.
Ia susulan dakwaan suaminya, Redza Syah Azmeeryang sudah berkahwin baharu selepas lelaki itu berkongsi foto perkahwinan di akaun Instagram miliknya, semalam.
“Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya,” katanya ringkas.
Memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai berita itu, Irma sebaliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.
Ads
“Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya lagi.
Ads
Terdahulu hantaran Redza mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita terbabit selain mendoakan agar orang ramai dipertemukan dengan kebahagiaan yang dicari.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Ads
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy mengakui dia tidak pernah menyesal atas perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini, selepas mengambil keputusan untuk berhijab penuh tahun lalu.
Menurut Kilafairy atau mesra disapa Kila,29, dia menyifatkan sejarah lama mendorongnya untuk memperbaiki diri, seterusnya cuba menjadi individu yang lebih baik.
“Saya cuba untuk ‘tanamkan’ ia di masa lalu. Kalau nak kata sama ada saya menyesal atau tidak… sebenarnya kalaulah saya ada peluang untuk pakai tudung lebih awal, saya akan pakai. Akan tetapi jalan hidup saya seperti ini.
“Saya tidak menyesal atas apa yang telah berlaku. Kalau saya tidak laluinya, saya tidak akan jadi seperti hari ini.
“Saya rasa, pengalaman itulah yang membentuk saya untuk ke sini hari ini. Saya bersyukur, dengan pengalaman yang lepas,” katanya yang sering menitipkan doa, meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.
Anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil ini berkongsi pengalaman indahnya itu menerusi program YouTube, No Turning Back dari Hijabista.
Ditanya mengenai pandangan pesimis yang mendakwa dia hanya sekadar mengikut trend apabila berhijab, Kila menjelaskan persepsi itu pasti akan wujud.
“Itu tetap akan ada. Macam inilah, kita buat jahat pun orang akan cakap elok dan begitu juga sebaliknya. Yang terbaik ialah setkan niat. Kenapa saya pakai tudung adalah kerana Allah SWT.
“Bila saya terapkan ia, segala kecaman yang datang tidak mengganggu, alhamdulillah.
“Malah saya pun merasakan bila kenakan tudung pun adalah atas doa netizen. Bila saya pakai tudung dulu, ramai yang mendoakan semoga saya diberikan hidayah, kekal berhijab. Saya aminkan sahaja,” katanya lagi.
Kini lebih tertarik untuk untuk mengetahui apa sahaja mengenai ilmu agama, Kila turut bercerita mengenai perbezaan dirinya dulu dan sekarang.
“Cuba untuk jaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya untuk dalami ilmu agama itu orang kata lebih bersemangat dan lebih tertarik untuk ikuti.
“Kalau sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.
“Malah ada kawan lain yang umpamakan agama ini sama seperti telefon. Kalau kita tak cas, akan habis bateri. Jadi kita kena terusbelajar.
“Kalau tidak memang ia akan terbantut di situ,” katanya yang mendapat sokongan padu dari ahli keluarga untuk menjadi insan yang lebh baik.
Ikuti versi perkongsian penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izreen Azminda berkongsi dia kini berdepan situasi sukar untuk tidur di waktu malam, lebih-lebih lagi ketika sedang meniti hari untuk bersalin anak ketiga tidak lama lagi.
Pekara tersebut dimaklumkan menerusi salah satu hantaran di Instagram selain turut mendedahkan, beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).
“Dah hujung2 ni (fasa kehamilan) mmg semua mommies ada masalah tdoq ka.. kami susah sungguh nk tdoq lately ni.. kalau tdoq pun tdoq2 ayam ja.
“Pusing sana tak kena sini tak kena..mkn pun dah kurang.. eceh… padahai dah 80kg lebih ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, ada di antara pengikutnya yang turut sama berkongsikan pengalaman.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.
Terdahulu Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang senior, Noorkumalasari telah diundang menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa pada Khamis lalu di saluran Astro Ria.
Menerusi program yang dihoskan oleh pengacara, Neelofa itu, aktres terkenal sekitar era tahun 80-an ini ada berkongsi kisah hidupnya bersama penonton.
Dalam pada itu, Noorkumalasari ada memberitahu kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat apabila ditanya Neelofa mengenai perkembangan Anita Sarawak.
“Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya.
“Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya.
“Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah.
“Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah jadi mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat.
“Tapi saya tak tahu mereka masih berpindah-randah dengan Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka,” jawab Noorkumalasari.
Terdahulu, penyanyi Anita Sarawak telah menghilangkan diri secara tiba-tiba dan semakin menyepi daripada industri hiburan tanah air kira-kira 10 tahun yang lalu.
Gambar: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.