‘Mohon Doa Kalian Agar Mak Dan Ayah Kita Terus Bertahan’-Abby Abadi

Bukan mudah untuk melihat ibu bapa kita sakit apatah lagi mereka yang selama ini membesarkan kita.

Itulah yang dirasai oleh pelakon, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 40 tahun apabila melihat kedua-dua orang tuanya dimasukkan ke wad hospital.

“Ayah dan mak, dua-dua kat hospital. Mohon doa kalian agar mak dan ayah kita terus kuat dan bertahan dengan ujian Allah SWT ini ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia juga sempat menitipkan pesanan buat diri sendiri.

“P/S: Tua dah mak ayah kita dan makin tua dah kita. Jadi maknanya apa? #SedarDiri #DahTua #Janganpelik2 #MengakuISLAMikutISLAM #IngatMati,” tulisnya.

IKLAN

Terkesan sungguh MH dengan pesanan Abby itu. Yalah, selalunya manusia mudah lupa dengan kan jadi bagus apabila ada yang mengingatkan.

Sementara itu, perkongsian Abby turut mendapat banyak respon daripada peminat yang mendoakan kesihatan kedua ibu bapa pelakon tersebut.

IKLAN

Apa-apapun, MH doakan agar kesihatan ibu bapa Abby cepat sembuh.

Sumber: IG Abby Abadi