Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, usahawan Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz telah berkongsi ilmu dakwah bersama wargamaya.
Perkongsian secara ‘Live’ di laman Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa itu, PU Riz telah berkongsi pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasullah SAW kepada para wanita.
Dalam pada itu, Neelofa berharap perkongsian ilmu tersebut dapat dijadikan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam.
Ads
“Hari yang istimewa buat kita semua saudara seislam. Alhamdulillah atas sambutan yang cukup baik kalian yang sudi meluangkan masa mendengarkan perkongsian kami.
“Semoga setiap ilmu yang disampaikan akan terus mengalir menjadi saham akhirat dan mampu dikongsikan semula oleh mereka yang mendengar kepada hamba Allah yang lain, insyaAllah. @kasihneelofa,” tulisnya.
Ads
Melihat diruangan komen, rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap perkongsian Neelofa itu.
Ads
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi muda yang sebelum ini cukup dikenali menerusi media sosial, Shalma Eliana kini kian mencuri perhatian ramai sejurus melancarkan single pertamanya, Janji Terindah pada tahun 2018 dan Mahukah Kamu tahun lalu.
Meski kerjaya seninya masih lagi hijau, namun penyanyi berusia 20 tahun ini boleh berbangga apabila diberi peluang mempamerkan bakatnya di arena antarabangsa apabila terpilih untuk berkolaborasi dengan artis-artis wanita dari seluruh Asia Tenggara dalam menghasilkan lagu ‘Heal’, iaitu sebuah projek khas kelolaan Star Music, anak syarikat konglomerat media ABS-CBN yang berpusat di Filipina.
Heal yang dilancarkan September lalu merupakan projek pertama seumpamanya di rantau ini, bertujuan menyampaikan rasa cinta dan memacu penyatuan warga rantau ini dalam menghadapi suasana tidak ketentuan dan waktu mencabar akibat pandemik Covid-19.
Terbaru, Shalma Eliana kini tampil dengan single terkini yang berjudul Aroma.
Mengulas mengenai single ketiganya ini, dia yang sinonim disapa Yana berkata Aroma merupakan lagi yang berbeza daripada apa yang pernah disampaikannya sebelum ini.
Lagu-lagu saya sebelum ini membawa mesej ringan seiring dengan umur saya ketika itu yang masih belasan tahun. Tapi kali ini menerusi Aroma saya cuba menampilkan sisi matang.
“Lagu yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kisah hidup saya ini bukan sahaja sarat dengan perasaan marah dan sedih malah penuh dengan aura kekuatan diri.
“Bagi saya lagu ini meraikan wanita yang mempunyai jati diri yang kuat; wanita yang tidak membiarkan maruah dirinya terus dipijak dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya sendiri.
“Ia membawa mesej, sayangi dan hargailah diri sendiri kerana hubungan yang paling penting dalam hidup kita adalah hubungan dengan diri sendiri.”katanya.
Lagu ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat ini mengisahkan tentang pasangan bercinta yang diuji dengan kecurangan oleh pihak lelaki yang merasakan bahawa kekasihnya tidak akan berubah hatinya walau apa jua yang dilakukannya.
Namun selembut mana pun hati wanita, hatinya pasti akan jadi keras apabila cinta dan dirinya tidak dihargai. Bila diri dicurangi, hati makin tawar, aroma cinta pun semakin pudar.
Yana menambah, Aroma dalam lagu ini boleh membawa banyak maksud.
“Ia mungkin bermaksud, hubungan atau harga diri. Tapi bagi saya ia bermaksud tingkah laku seseorang. Dalam bait lirik ada berkata tentang ‘Jaga Aroma’, ianya boleh disifatkan sebagai jaga tingkah laku.
“Kalau bau busuk tidak menyenangkan orang, begitu juga dengan orang yang berperangai buruk,” menurutnya lagi.
Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini juga sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 23 Oktober lalu.
Malah, muzik video muzik rasminya yang kini sudah ditonton hampir 25,000 kali juga boleh dilayari di saluran YouTube.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad menyaksikan salah seorang pesertanya, Yantzen tidak membuat persembahan apabila dilaporkan mengalami masalah kesihatan.
Perkara itu diumumkan hos program berkenaan, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang menyifatkan apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.
Sementara itu, Datuk Ramli MS sekali ketua juri berpendapat, situasi yang berlaku terhadap bintang senior itu tidak dapat dielakkan.
Jadi, tidak patut andai dilakukan penyingkiran.
“Dia sakit jadi benda tu tak boleh nak elakkan tetapi dia dalam pertandingan jadi penyingkiran tak patut ada pada harini, kena bawa minggu hadapan,” katanya.
Sementara itu, menerusi tema ‘Cuba Try Test’, Ayu Damit meraih markah tertinggi sebanyak 80.6 peratus diikuti Noraniza Idris (73.4) dan Linda Nanuwil (70.8).
Manakala kumpulan Indigo mendapat markah paling rendah iaitu 50.6 peratus, namun terselamat daripada penyingkiran.
Sementara itu, kesemua peserta diadili dua juri tetapnya, iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Syafinaz selaku juri jemputan.
GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Foto: Instagram Yantzen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadhirah mendedahkan hubungannya bersama pelakon, Niezam Zaidi kini telah berakhir apabila masing-masing memutuskan untuk membawa haluan sendiri.
Menurut Nonny, majlis perkahwinan mereka juga telah pun dibatalkan atas persetujuan bersama.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 itu menerusi akaun Instagram dalam titipannya bersempena dengan hari lahir Niezam yang ke-28.
“Happy birthday sahabat. Semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yg baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.
“Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! amin.
“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan,” tulisnya.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak berhubung keputusan mengejutkan itu.
Dalam pada itu, Nonny turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan juga Niezam.
“Korang, satu je kitorg mintak, tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yg baik buat masing-masing ya.
“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang.
“Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua. Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Nonny dah Niezam kuat menghadapi dugaan ini.
Sumber: Instagram Nonny Nadirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.