Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menyifatkan kehadiran dua orang anak lelakinya iaitu Putra Adam Rizki, 6 dan Putra Aiman Zafran, 4 sebagai kekuatan utama dalam kehidupannya.
Menurut Siti, 26, kedua-dua anaknya itu bukan sekadar peneman, malah menjadi pendorong setia dan dia turut menzahirkan harapan agar anak-anaknya itu membesar menjadi insan yang soleh.
“Dua hero peneman dan penguat yang paling setia dengan mummy. Moga menjadi anak yang soleh supaya boleh mendoakan mummy selepas mummy mati,” luahnya ringkas.
Perkongsian tersebut dikongsikan Siti menerusi hantaran terkininya di aplikasi TikTok yang turut memamparkan sedutan dua anaknya itu mendirikan solat sambil membaca surah Al-Fatihah.
Posting berkenaan menjadi perhatian warganet dan ada yang turut rasa tersentuh dengan kasih sayang dan harapan seorang ibu terhadap anak-anaknya.
Dua permata hati itu merupakan hasil perkahwinan terdahulunya pada tahun 2019, sebelum dia dan bekas suami ketika itu memilih untuk membawa haluan masing-masing pada Disember 2022.
Sehingga kini, hantaran tersebut telah pun menerima hampir 400,000 tontonan yang disusuli dengan beratus komen daripada pelayar TikTok.
@sitijamumall2 hero peneman dan penguat yang paling setia dengan mummy🥹♥️ moga menjadi anak yg soleh supaya boleh mendoakan mummy selepas mummy mati.♬ original sound – sitijamumall
Konflik Rumah Tangga
Terdahulu, konflik yang berlaku membabitkan kisah rumah tangga keduanya ini menjadi sorotan ramai, selepas dia diceraikan suami yang juga pempengaruh, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, ketika sedang bersiaran langsung di TikTok, beberapa hari lalu.
Ads
Menerusi sesi siaran langsung itu, pasangan terbabit dilihat bertengkar mulut dan saling tuduh-menuduh sehingga emosi masing-masing dilihat seolah-olah tidak terkawal.
Kemudian, Aiman yang turut dikenali sebagai Aiman Tak Kesah dalam nada tersekat-sekat akhirnya menceraikan isterinya itu.
Siti yang mendengar lafaz cerai kemudiannya dilihat terdiam dan sebak, lalu menitiskan air mata sehingga terpaksa ditenteramkan oleh dua lelaki lain yang dipercayai pembantunya ketika siaran langsung berkenaan masih berjalan.
Pernah Berpisah
Sebelum ini, pasangan terbabit pernah berpisah dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Namun, mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz tersebut dibuat.
Terbaharu, Siti difahamkan telah memaafkan semua yang pernah dilakukan Aiman memandangkan dia juga mempunyai silap dan reda atas apa yang sudah terjadi.
Ads
Malah Siti menerusi sesi siaran langsung di TikTok semalam memaklumkan, dia juga meminta pengikutnya supaya tidak mengecam Aiman atas apa yang berlaku.
“Memaafkan itu lebih baik. Saya juga mohon doa yang baik-baik buat saya dan anak-anak serta Aiman juga.
“Jangan kecam dia (Aiman). Benda yang lepas tu sudah berlaku. Dia pun ada kebaikan yang dia buat dan ingatlah sisi baiknya,” katanya, petik Harian Metro.
Dalam pada itu, Siti menjelaskan dia juga perlu ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai berkenaan.
“Saya pun tidak tahu sama ada kami boleh rujuk semula atau tidak. Menurut peguam syarie, keputusan sama ada boleh rujuk itu bergantung pada niat dan kefahaman Aiman ketika lafaz cerai ketika itu.
Ads
“Saya belum ke mahkamah lagi. Belum ada kekuatan. Nak keluar depan pintu rumah pun tak ada mood,” katanya yang kini hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman.
“Kalau kami boleh rujuk semula atau Aiman bercadang untuk kembali semula, saya juga perlu fikirkan kalau perkara itu boleh beri kebaikan pada anak-anak.
“Anak dalam kandungan saya perempuan dan dia juga akan cari bapanya juga bila besar nanti.
“Paling penting, dia perlu dapat restu daripada ayah saya sebagai wali yang masih hidup kerana masa kami kahwin dulu keluarga juga menentang (tidak setuju).
“Tapi jika kami tak boleh rujuk, kita teruskan hidup macam biasa,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Siti antara lain turut menambah, buat masa ini dia akan berehat seketika dari berniaga dan membuat siaran langsung di TikTok.
Imbas kembali, Siti dan Aiman berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu dan kini sedang hamil lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon filem Gantung Musketeer Code, Ikmal Amry mendedahkan, sejak dari awal perhubungannya bersama isteri tercinta, Najla Shamsul, dia mengamalkan sikap keterbukaan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, dia tidak pernah menyembunyikan telefon atau mesej peribadi daripada isterinya.
“Kalau isteri nak tengok mesej, email atau WhatsApp… bagi dia (tengok) semua. Jangan bagi dia ada ruang untuk fikir yang bukan-bukan.
“Jadi bila kita sebagai suami tiada perkara yang ingin disorokkan dan isteri pula sudah percayakan kita, jadi situasi itu akan harmoni,” katanya memberi pendapat.
Ikmal turut menjelaskan, pendekatan itu bukanlah sesuatu yang baharu baginya, malah ia sudah diamalkan sejak zaman bercinta lagi.
“Sejak awal percintaan sekali pun, kalau dia yang minta untuk tengok telefon, tengok sajalah.
“Sebab kita tak buat apa-apa kesalahan. Kalau rasa takut untuk berbuat demikian, mesti ada yang kita buat tak betul. Saya yang izinkan untuk dia semak telefon,” jelasnya lagi.
Sebagai pelakon, Ikmal mengakui kehidupannya sering berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk gangguan pihak luar.
Lalu, dia memilih untuk menjelaskan situasi sebenar dan mahu isterinya mengetahui realiti sebenar agar tidak timbul salah faham.
“Sebab saya kerja sebagai pelakon dan sudah tentu kita ada banyak berurusan dengan ramai orang. Jadi biarlah dia tahu realiti sebenar.
“Saya tak nafikan ada yang hantar mesej, kacau dan sebagainya. Tapi biar isteri tahu yang kita tidak melayan,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Ikmal dan Najla yang juga seorang pempengaruh media sosial telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon berpengalaman Rusdi Ramli, meluahkan rasa teruja apabila lakonannya sebagai Zulkifli dalam drama Pabila Dia Tersenyum menerima pujian dan memberi kesan mendalam kepada penonton.
Menurut Rusdi, kejayaan watak jahat yang dibawannya kali ini adalah hasil kepercayaan yang diberikan oleh pengarah, Feroz Kadir.
“Saya seronok walaupun ramai yang benci watak itu. Saya jarang dapat mainkan watak sebegini. Selalunya pengarah beri saya watak baik dan teraniaya.
“Sebelum ini, saya pernah bawa watak sebegini tapi orang tak perasan. Kali ini ia berjaya beri impak,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama tersebut, baru-baru ini.
Rusdi menambah, sepanjang penggambaran, dia juga memberi sepenuh fokus untuk menjadikan wataknya dibenci penonton, satu indikator kejayaan bagi watak antagonis.
“Watak ini tidak terlalu susah dan tidak juga terlalu senang. Saya telah dibantu dengan skrip dan pengarah. Skrip telah memberikan gambaran yang jelas tentang watak ini.
“Jika watak saya dibenci, itu bermakna lakonan saya berjaya. Sewaktu penggambaran, fokus pertama saya adalah untuk memuaskan hati pengarah.
“Kedua, apa yang jadi sekali pun, saya nak penonton benci dan meluat dengan saya. Dalam setiap babak, saya akan cari cara buat orang menyampah,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai trend pelakon senior yang kini diberi watak yang lebih menonjol, Rusdi menyambut baik perkembangan itu dan melihatnya sebagai satu petanda positif dalam industri.
“Bila pelakon senior bawa watak antagonis, mungkin itu trend semasa. Bila seorang sudah berjaya, mereka cari pelakon lain pula.
“Untuk pelakon lama seperti kami, kami memang sentiasa bersedia walau apapun watak yang diberi. Karakter kami ini menonjol kerana peluang yang diberikan.
“Dalam drama ini, karakter saya agak dominan. Sama seperti Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Selalunya, pelakon-pelakon berusia ini hanya akan bawa watak tempelan.
“Namun sejak kebelakangan ini, kami diberi peluang untuk menonjol. Ini petanda positif buat industri seni,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menafikan penglibatannya dalam penganugerahan yang diterima selebriti Indonesia, Syahrini, dalam sebuah acara yang berlangsung di Cannes, Perancis, baru-baru ini.
Menurut kenyataan rasmi Pejabat Serantau UNESCO di Jakarta, organisasi itu tidak mempunyai kaitan dengan acara berkenaan dan tidak mengiktiraf sebarang penganugerahan yang dikatakan mewakili badan dunia tersebut.
“Walaupun individu yang dikaitkan dengan acara itu mungkin merupakan UNESCO Artist for Peace dalam kapasiti peribadi atau simbolik, acara tersebut bukan merupakan satu bentuk pengiktirafan rasmi daripada UNESCO,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Syahrini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik kenyataan dan beberapa gambar di media sosial, mendakwa menerima anugerah daripada UNESCO melalui platform Listen To Her Parole dan Princess Charleen Fondation.
Menerusi hantaran tersebut, Syahrini dilihat memegang sebuah trofi yang tertera logo UNESCO serta nama Guila Clara Kessous, seorang UNESCO Artist for Peace, bersama nama Fondation Princess Charlene de Monaco.
Turut dimuat naik ialah poster acara yang tertera tulisan ‘Cannes Award is Presented to Mrs Syahrini for Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact’, bersama logo United Society Council.
“Saya sangat bangga menerima anugerah yang berprestij dan luar biasa daripada UNESCO melalui platform ‘Princess Charleen Fondation & Listen To Her Parole’,” tulis isteri kepada Reino Barack itu di ruangan kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram peribadi pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, kenyataan rasmi UNESCO itu menimbulkan persoalan terhadap kesahihan pengiktirafan yang diterima oleh Syahrini, selain mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...