“Moga Memen Tenang Di Sana,” – Selepas Safura, Giliran Linda Rafar Wish Birthday Si Anak Syurga, Sebaknya!

Share

Hari ini merupakan hari kelahiran Allahyarham anak Linda Rafar iaitu Memen atau Rezaimin Keifli yang ke-16

Susulan itu, Linda muat naik foto mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya itu.

“Happy Bday To Arwah Memen ke-16 tahun. Moga Memen tenang di sana. Al-Fatihah,” tulisnya.

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Memen.

Memen meninggal dunia pada Julai 2014 kerana kanser perut dan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman. Linda kini berkahwin dengan pelakon, Syed Aiman dan dikurniakan 3 orang anak bersama.

Foto/Instagram: Linda Rafar

IKLAN