“Moga Diluaskan Rezeki,” – Che Ta Sambut Hari Jadi Dengan Majlis Kesyukuran, Turut Rai Pelajar Madrasah Dari Kalangan Anak Yatim & Orang Susah

Share

“Syukur dan semoga murah rezeki.” Itu antara komen yang diberikan buat pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun selamat mengadakan majlis kesyukuran bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun.

Jika bulan lalu pelakon Kiah Pekasam ini menganjurkan majlis serba meriah buat suami bersempena dengan hari jadi, namun situasinya kali ini agak berbeza apabila ulang tahun kelahiran Che Ta diraikan dalam serba sederhana tetapi cukup bermakna di Sikamat, Negeri Sembilan.

Turut dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat, Che Ta yang tampil sopan mengenakan jubah rona hijau pastel menerusi salah satu entri di Instagram turut memberi dedikasi terhadap pelajar madrasah yang turut diraikan bersempena dengan hari jadinya itu.

“Untuk maklumat, Madrasah ini tidak mengenakan sebarang yuran yg tetap kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada anak yatim dan keluarga yang susah.. Mudah mudahan dengan sumbangan yang di salurkan ini mampu memberi sinar baru buat anak2 ini menuntut ilmu dan menyebarkan syariat islam ke seluruh dunia.

“Mungkin kita tidak mampu untuk jadi Hafiz Al- Quran.. tetapi mudah mudahan dengan berkat kita membantu para hufaz ini kita juga akan mendapat ganjaran yg sama dalam setiap amal kebaikan yag mereka lakukan..dan semoga ianya juga menjadi asbab agar kita mendapat keredhan Allah s.w.t…Amiin,” tulisnya.

Lalu, rata-rata peminat memuji posting yang dikongsi Che Ta selain turut menitipkan ucapan hari jadi buat ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Apa pun, jom tatap beberapa foto menarik sekitar majlis bermakna dari Che Ta ini. Sederhana tetapi tetap meriah!

Foto: Instagram Rozita Che Wan

IKLAN