Mizz Nina merupakan seorang selebriti yang patut dipuji kerana perubahannya yang mendadak dan terus kekal sehingga kini. 

Sebelum mengambil keputusan berhijab, Mizz Nina dahulunya pernah berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa seperti Flo Rida dan Colby O’ Donis.

Mizz Nina juga mempunyai rancangan temu bualnya sendiri, ‘The Mizz Nina Show’. Apa yang menarik kali ini, wanita cantik itu berpeluang menemu bual ayahandanya sendiri, Tan Sri Datuk Azman Hashim.

Menerusi episod tersebut boleh dikatakan amat istimewa kerana Mizz Nina diberi tanggungjawab untuk menemu bual ayahandanya sendiri, menggali kisah-kisah silam ayahandanya yang boleh dijadikan sumber inspirasi.

Perasaan gementarnya telah diluahkan di dalam Instagram milknya dengan menulis,The first interview I’ve ever done with my dad, I was super nervous and at the same time grateful to have him in the show. Don’t miss it tomorrow! Alhamdulilah…”

Mizz Nina Gementar Temu Bual Ayah Sendiri

Ads

Ruangan komen di instagram Mizz Nina juga dihujani pelbagai komen daripada netizen, bahkan ada yang berkata, semestinya ayahnya begitu bangga mempunyai anak seperti Mizz Nina.

Mizz Nina Gementar Temu Bual Ayah Sendiri

Tan Sri Datuk Azman Hashim merupakan figura koporat yang sangat berpengaruh dan disegani bukan sahaja di Malaysia, malah merentas horizon Asia. Terlalu banyak anugerah yang telah diraihnya, antaranya pada tahun 1993, ASEAN Business Forum mengangkatnya sebagai penerima anugerah “ASEAN Businessman of The Year”.

Ads

Belaiu juga bertemu jodoh dengan Tunku Arishah Tunku Maamor dan dikurniakan dua anak lelaki dan tiga anak perempuan, termasuk Mizz Nina.

Mizz Nina kini giat giat melaksanakan kerja-kerja amal bersama suaminya, Noh Hujan dan sahabat-sahabatnya.

Mizz Nina Gementar Temu Bual Ayah Sendiri

Ads

Mizz Nina Gementar Temu Bual Ayah Sendiri

Mizz Nina Gementar Temu Bual Ayah Sendiri

Satu demi satu perubahan dilakukan oleh Mizz Nina. Pasti ayah dan suami bangga dengan apa yang diusahakan oleh pelantun lagu What You Waiting For ini. Mizz Nina juga pastinya menjadi “role model” seorang muslimah yang hebat buat wanita-wanita lain.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI