Demam Piala Dunia sudah bermula!

Dikenali antara selebriti yang meminati sukan bola sepak, pelakon dan pengacara Mira Filzah tidak ketinggalan menyaksikan upacara pembukaan temasya gilang-gemilang itu yang diadakan di Stadium Al Bayt pada malam Ahad.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, mengagumi Qatar selaku tuan rumah dalam mempersembahkan keindahan Islam kepada serata dunia dengan memulakan kemeriahan kejohanan terbesar dunia itu dengan alunan bacaan Al-Quran.

“Allahuakbar, sangat indah acara pembukaan untuk piala dunia.

“Semoga ini menjadi asbab untuk orang luar di sana lebih menerima dan membuka mata tentang Islam,” tulis Mira.

Dalam perkongsian itu juga, Mira berpendapat negara Islam lain tidak akan dijajah sekirnya kuasa-kuasa besar saling melindungi antara satu sama lain.

IKLAN

Mira Filzah Puji Qatar Angkat Elemen Islam Dalam Penganjuran Sukan Terbesar Dunia Mira Filzah Puji Qatar Angkat Elemen Islam Dalam Penganjuran Sukan Terbesar Dunia

“Sebenarnya kuasa negara-negara Islam di dunia ini sangat kuat seperti Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait.

“Jika semua negara Islam ini bergabung, kekayaan mereka sahaja, masyaAllah.

“Kalaulah mereka menjaga dan melindungi negara Islam lain, pasti tiada kuasa luar yang berani menjajah.

IKLAN

“Tahniah Qatar untuk usaha yang sangat besar. Memartabatkan dan memperkenalkan Islam dengan cara yang sangat bersahaja,” tulisnya lagi.

Mira Filzah Puji Qatar Angkat Elemen Islam Dalam Penganjuran Sukan Terbesar Dunia

Untuk penganjuran Piala Dunia kali ini, Qatar telah membuat syarat iaitu melarang penjualan minuman keras di kesemua lapan lokasi stadium sepanjang temasya itu berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember ini.

IKLAN

Upacara pembukaan semalam dimeriahkan dengan persembahan nyanyian runut bunyi (OST) Piala Dunia Qatar 2022 daripada Jungkook BTS dan penyanyi kelahiran Qatar, Fahad Al-Kubaisi berjudul Dreamers.

Turut menjayakan upacara pembukaan ialah pelakon terkenal Hollywood, Morgan Freeman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Mira Filzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI