Mira Filzah ‘Post’ Video Dilamar, Zizan Razak Pula Terus Letak Foto Pakai Baju Pengantin. Ehem Bagi Hint Ke?

Share

Pelakon, Mira Filza muat naik adegan dia dilamar dalam sedutan drama Lelaki Kiriman Tuhan di Instagramnya, semalam.

“That look. That smile. That stare. That heartbeat. You’ll understand. Tonight, 9 P.M only at Astro Oasis and Maya HD .#LelakiKirimanTuhan” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon yang sering digosipkan bersama Mira, Zizan Razak kemudian memuat naik foto dia memakai pakaian lengkap pengantin di Instagramnya pula.

“Perkahwinanku #Zizanrazak #Movie,” tulisnya.

Susulan itu, ramai yang ‘tag’ Mira di ruangan komen foto tersebut.

 

Tidak kurang juga mereka yang tertanya-tanya sama ada foto dan video kahwin itu ada kaitan.

Sebelum ini, Zizan ada juga berbuat perkara sama ketika Mira muat naik foto berada di sebuah ‘bus stop’, tidak lama kemudian, pelakon Polis Evo 2 itu juga muat naik gambar di perhentian bas.

Agak-agak, apa maknanya ya?

Foto/Instagram: Zizan Razak

IKLAN