Tidak dinafikan rambut panjang mengurai menjadi antara mahkota idaman ramai wanita di luar sana.

Hal ini tidak terkecuali buat pelakon Mimi Lana atau nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, yang mengakui dia berasa cukup sedih apabila terpaksa mengorbankan rambut panjang demi untuk menjayakan watak dalam filem terbaharunya.

Berkongsikan hal itu di laman Instgram miliknya, Mimi berkata dia pernah setiap hari menangis pada minggu pertama selepas rambutnya dipotong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

“Rambut adalah segala-galanya buat saya. Untuk memotong pendek rambut saya bukanlah satu benda yang bindah buat perempuan macam saya.

“Tapi atas tuntutan karakter untuk filem terbaharu, saya terpaksa juga potong. Sebab karakter yang saya bawa memang tidak sesuai berambut panjang.

“Bila rambut pendek ni, saya rasa hilang semua benda, hampir setiap hari menangis minggu pertama tapi lama-lama dah biasa dah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Dalam perkongsian itu juga, Mimi berkata susulan perubahan imej drastiknya itu, ramai netizen membuat telahan berkemungkinan dia sedang mengalami fasa kemurungan atau putus cinta.

Menolak perkara itu, sebaliknya Mimi menjelaskan ia adalah satu perkara biasa dalam bidang kerjanya yang menuntut pelakon untuk tampil berpampilan seperti mana mengikut watak yang telah dibayangkan oleh pihak produksi dan pengarah.

“To everyone yang selalu tanya saya, kenapa? Tak suka lah rambut macam ni, sampai ada pernah cakap saya depression, putus cintalah macam macam lagi…bukan sebab itu ya.

IKLAN

“Ia adalah sebahagian daripada kerja saya. Makin lama saya berlakon, sebenarnya makin banyak cabaran yang datang.

“Kami bukan hanya korbankan penghayatan jiwa untuk menjayakan watak sebaliknya juga dari tuntutan luaran dan penampilan fizikal tapi saya sangat menyukai kerja saya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

IKLAN

“Saya harap saya menang Oscar satu hari nanti, no no. I’m just kidding. Yer tu je lah nak share. Love you,” tulis Mimi lagi.

Sekadar info, Mimi memulakan kerjaya seninya dengan menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.

Antara nakshah filem yang pernah dijayakan kekasih kepada aktor Syafiq Kyle ini adalah seperti Pusaka, Saka Nan Sepi dan Balun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Mimi Lana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI